Friday, December 30, 2011

ombak rindu.

salam

dh tgok ombak rindu? dah? dah? saper2 yg blom tgok, tk yah tgok la. mmbazir waktu jer.....

seriously, sy dh try so hard nak feel smpai nanges2 bila tgok citer tu, spt org lain, dan spt ketika sy mmbaca novelnya.. but i can't, bukan stakat nk nanges2, lagi nk trgelak ada. kahkahkah...

tak baek aku.

tp klu sape2 yg dh tgok citer tu. pegi la bacer novelnya, will never make your tears dry-off. pegilah cuba. a way better than its movie.


haris, izah and mila in movies are totally different from who i magined, lagi2 maya karin, tk cukup kampung spt wataknya izah yg kampung, juga lisa surihani tk cukup angkuh spt wataknya mila, sorry to say but lisa too cute for mila 's playrole. aaron quite acceptable as haris. but still i imagined someone like others to be haris.

Sunday, December 18, 2011

creep

salam

two post in a row.. yeah..

sajer...nk on lagu kat cni, lagu yg tk best pada mulanya, tapi best lak bila lama2 dgr.. jadi trus mengadap encik google demi nk cari liriknya, ntah pebenda lirik dia, tkde kena mengena, cuma suka kepada lagu, jadi kau encik lagu, duduklah kat cni dlm belog ni, nnt writer belog nk dgr, toksah dah duk search kat youtube.

ye, mmg lagu lama.. but good to my ear, and my ear is listening..


When you were here before
Couldn't look you in the eye
You're just like an angel
Your skin makes me cry
You float like a feather
In a beautiful world
I wish I was special
You're so very special

But I'm a creep
I'm a weirdo
What the hell am I doing here?
I don't belong here

I don't care if it hurts
I want to have control
I want a perfect body
I want a perfect soul
I want you to notice when I'm not around
You're so very special
I wish I was special

But I'm a creep
I'm a weirdo
What the hell I'm doing here?
I don't belong here

She's running out the door
She's running out
She runs runs runs

Whatever makes you happy
Whatever you want
You're so very special
I wish I was special

But I'm a creep
I'm a weirdo
What the hell am I doing here?
I don't belong here
I don't belong here






hands up who is weirdo.. be proud. you are you.



intanhafizah

Friday, December 16, 2011

pada tahun baru ini

salam

lama tk jenguk belog, usang di sana sini, but who care? not me for sure...

oh ya, tahun baru maal hijrah sudah menjengah, tak lama lagi tahun baru masihi pula yg bakal menerjah, sokmonya ada je azam tahun baru akan diadakan bersempena nak raikan tahun baru tu, tapi utk tahun ini azam tahun baru masih difikirkan di benak kepala.

agak tidak mudah mmbina azam sesudah tamatnya zaman belajar(persekolahan). dulu2, senang la gak, azam tahun baru mestilah mendapt result exam yg cemerlang gemilang dan terbilang. cuma berbeza kaedahnya. jika spm target 12A la, klu matrix dan univ target PNGK 4.00 la.

tapi kini berbeza, tiada exam2 yg harus masuk dlm list azam tahun baru, but the worst is i don't have any new 'azam'. tapi bukan bererti saya tiada matlamat hidup. pastinya ada. cuma ia lebih kepada matlamat jangka panjang yg juga matlamat seluruh kehidupan saya. contoh, memiliki kereta, rumah, mati beriman, keluarga soleh solehah, cukup kaya dan raya dan sebagainya.

matlamat jangka pendek utk tahun ini SAHAJA masih dipertimbang2kan, tapi setelah brfikir panjang, saya telah sepakat dgn jiwa dan akal fikiran saya, i want to keep it simple, bahawasanya saya mau mengurangkan aktiviti berfesbuk saya. WHAT!?????

mudah kan?

tak, ia tak mudah..

kerana fesbuk kini dilihat sbg keperluan hidup utk sesetengah kita. tk berfesbuk dlm sehari dua hari rasanya tk senang nk duduk. hati resah akal keliru mandi tk basah makan tk kenyang. ok. mmg exxagerate, but that was a fact. for most people including me.

cuma saya klu tk online internet seminggu dua pon, tk bape nk heran gak la, i have a beautiful real life that i am enjoying way too good from this 'on-line' life. but still, bila bukak je internet, first thing first ialah fesbuk fesbuk dan fesbuk, smpi naik muak tgok fesbuk pon masih juga mmbuka fesbuk. hairan bin ajaib.

dengan beraninya, saya ingin mncabar diri sy sndiri utk MENGURANGKAN FESBUK. KURANG KURANG KURANG!. anda mau dicabar juga? ada beran? marilah.






intanhafizah

Friday, November 4, 2011

maaf

salam


maafkan saya. bila hati salah menduga. bila jiwa salah menyangka. bila minda mula berprasangka. syaitan pun datang menerpa, menerjah dengan tiba-tiba. agar kita sesama manusia bisa membenci dan menghina. walau kita cuba berusaha. untuk menjaga hati nurani kita. tapi kita tak punya daya untuk melawannya. kerana kita hanya manusia biasa. salah dan silap adalh sifat manusia. tapi semoga kita tak lupa. bahawa Allah itu ada. sedang memerhatikan kita. sedang menyayangi kita. wahai manusia-manusia. semoga saja kita bisa memaafkan antara kita. bisa menguatkan sesama kita. kerana di atas dunia. saya tak bisa. saya tak bisa. sesungguhnya saya tak bisa. menggadai silaturrahim sesama kita. krn itulah intipati kehidupan saya.



intanhafizah

Saturday, October 29, 2011

a good person

salam


there will always a good person with a good heart passing through in a middle of journey when wind dashing and messing around as a surprise as a gift. and you will always know who it is. but you may do not know what to do. just appreciate it and it's all you need to do.
















just another song come crossed. nothing personal. this show have been my passion lately and this is my favorite one. such a talent. This is The X-Factor and she is Drew Ryniewicz.











oh ya, ini gmbr masa angah konvo ritu, saya selitkan di sini di blog ini utk kenangan supaya tk lupa. and i am proud with him and all the persons around. yes i am. you all just made my life.







silent tears full of pride
in a world made of steel
made of stone




Thursday, October 13, 2011

i see the light

salam

again, ive been touched, by an angel who has a fonder heart, and im not expecting that, not from that angel as i never see the angelic side before, maybe it was because my eyes were blind and it closed the door of heart. of mine.

when nobody realized, the angel knew, when nobody concern, the angel asked, when nobody do anything, the angel do one thing, and it's just what i need.

it's amazing when actually ive just figured out that the two-faced personality can be a good thing, good for me at least..and for that i lift my hands and pray... may the angelic side of the angel will last and shine as the sun shine the world.

if just the angel knew......... i will always believe when nobody will because i do know what i do believe.

p/s: suddenly this song cross my mind when i wrote, so here i attached




All those days watching from the windows
All those years outside looking in
All that time never even knowing
Just how blind I've been
Now I'm here, blinking in the starlight
Now I'm here, suddenly I see
Standing here, it's all so clear
I'm where I am meant to be

And at last I see the light
And it's like the fog has lifted
And at last I see the light
And it's like the sky is new
And it's warm and real and bright
And the world has somehow shifted
All at once everything looks different
Now that I see you

(musical interlude)

Eugene(Flynn):
All those days chasing down a daydream
All those years living in a blur
All that time never truly seeing
Things, the way they were
Now she's here shining in the starlight
Now she's here, suddenly I know
If she's here it's crystal clear
I'm where I'm meant to go

Rapunzel & Eugene (Flynn):
Find More lyrics at www.sweetslyrics.com
And at last I see the light

Eugene (Flynn):
And it's like the fog has lifted

Rapunzel & Eugene (Flynn):
And at last I see the light

Rapunzel:
And it's like the sky is new

Rapunzel & Eugene(Flynn):
And it's warm and real and bright
And the world has somehow shifted
All at once, everything is different
Now that I see you, now that I see you


this song is my favourite i were saying, it's just beautiful.

hey, go watching mandy moore and zachary levi singing together this song alive, the tender look of zachary levi to mandy moore just blew my mind just blew my mind

hey you

intanhafizah

Monday, October 3, 2011

lumrah cinta: yang paling dicintai tiada dua~

salam



INFO

Di dalam buku Raudhatul Muhibbin wa Nuzhah al-Musytaqin, Ibnul Qayyim al-Jauziyah selaku seorang ahli hukum dan psikologi yang pakar berkenaan cinta berkata, antara hukum cinta yang sejati ialah cinta menuntut penunggalan kekasih tanpa memadunya dengan yang lain. Bak kata pepatah Arab, “Di dalam hati tidak ada ramai kekasih dan di langit tidak ada ramai sembahan.”

Sekiranya cinta diagih ke beberapa tempat, tentu sahaja kekuatan cinta itu akan melemah. Dinukilkan sebuah syair,

Dusta orang yang mengaku memiliki dua cinta
Laksana kedustaan al-Manawiyah dalam dasar agama
Tidak ada tempat bagi dua kekasih dalam satu hati
Satu urusan tidak boleh dituntun dari dua sisi

Allah SWT sendiri berkata, Allah tidak menjadikan bagi seseorang dua buah hati dalam rongganya. (Surah al-Ahzab: 4).

sumber: fatimah syarha

Friday, September 30, 2011

nyanyuk

salam

tetiba di malam yg dingin ni, tringat citer dulu2, al-kisah di malam ramadhan yg usai brlalu...

cam bese, pas brbuka, pegi masjid, terawih pulak, dan selalu-selalunya klu kami pegi masjid, haruslah kena masbuk, dah sokmo2 nya kami smpi masa org dh lama start smbhyg, klu kami sampai awal, smpt tahiyatul msjid sekali, boley dikatakan miracle la,

dan aritu, spt rutin slalunya, sy smpi org dh rokaat ke dua, masbuk la, apa lagi, no worry la, juga smbhyg dgn tenang, tk rush pun, hny mengikut saje imam kat depan (imam yg muda dr thailand yg sodappp bacaan nya, pergh!, penerus generasi muttaqin moga2 nya).

kerana trlalu ralit pd bacaan imam mgkin, atau tgh berangan mungkin, atau sdg nyanyuk mungkin, bila encik imam bagi salam je, ngan aku-aku sekali bagi salam, apa lagi sambung la pulak zikir-munajat brsama-sma imam dn jemaah sekalian,

sambil dlm hati trpikir, "awat org-org kat line aku ni belaka tk abih rokaat lagi? bukan diorg sampai lagi awal dari aku ker?" sejenak kemudian... (agak lama sbnrnya)

bru la trsedar dr nyanyuk yg pnjang, "alamakkkk, aku tk cukup 1 rokaattt.. boleh ker aku bngun tetiba smbung 1 rokaat lagi? org kata klu lupa, boleh... tapi jgn lama-lama la, ni pun tk bape lama kot... emmm.. boleh ke tak? boleh ke tak? boleh ke tak? boleh ke tak? boleh ke tak? tapi kang mak cik sblah pelik pulak tgok aku dok smbhyg 1 rokaat jer, kang dia tny aku ikut mazhab mana kang, trnganga malu aku, emmm klu bukan mkcik sebelah, makcik dua belah, tkpun makcik tiga belah, kang ntah2 bdk2 kecik kat blkang ni pulok yg tny, lagi rasa nk hentak kepala lutut kat dinding.. tk mau la, baik aku smbhyg balik, tapi klu org pelik kang, ah! peduli la org nk cakap apa, bulan posa ni, tk bek buat dosa gini, k k, smbhyg blik la" hati brmonolog smbil jantung brdetak deras.

dn saat itu juga imam mengaminkn doanya, apa lagi, sy ke blakng cket spt org2 lain yg nak smbhyg sunat tp sy nk smbhyg wajib.. lalu brsmbhyglah sy di situ 4 rakaat manakala org lain belaka 2 rakaat je,dah le imam laju bukan kemain dh start dh smbhyang terawih plk, tk smpt den nk mengejornya, las2 trwih pun masbuk gak, tpi 1 rokaat je la..

adehh...

dan bila dh abis, sy terus kluar msjid TANPA PANDANG SESAPAPON, dan spnjg sy kat masjid tu pon, mmg tk pndg sesapa pon, harap2 tkde sape perasan..

intanhafizah

Tuesday, September 20, 2011

asal kamu tahu

salam


sedih ke? sape suka? takde sape suka. saya pun tak suka. tapi cane nak elak? itu resipi hidup, bukankah perlu ada garam dalam masakan? atau pedas? atau manis? atau masam?







TAPI








rupa-rupanya LEBIH BERAT melihat org yg kita sayng bralir air mata, rasa-rasanya mahu saja meminta agar dipindahkan saja kesedihan itu kepada kita agar mereka bahagia, krna kita sangat sengsara melihat air mata mereka bukan?





melihat ibu dan ayah mengalir air mata mengsengsarakan hati.
melihat adik-beradik mengalir air mata mengsengsarakan hati.
melihat ipar mengalir air mata mengsengsarakan hati.
melihat anak2 sedara mengalir air mata mengsengsarakan hati.
melihat ahli keluarga mengalir air mata mengsengsarakan hati.
melihat kawan-kawan mengalir air mata mengsengsarakan hati.
melihat kanak-kanak itu mengalir air mata mengsengsarakan hati.
melihat mereka yg tak dikenal yg ditimpa musibah itu mengalir air mata mengsengsarakan hati.
melihat para haiwan kelaparan/kesejukan mengalir air mata mengsengsarakan hati.


sudahlah berair mata, aku pingin kamu bahagia, baru lah tenteram jiwa dan raga, asal kamu, kamu, kamu, kamu, dan kamu tahu......


"KESEDIHAN KAMU MILIK AKU, KEGEMBIRAAN AKU MILIK KAMU"




intanhafizah

Tuesday, September 13, 2011

sekian kalinya..

salam

oh..jiwa saya kacau! jiwa saya kacau! henset murah sy hilang suda... walaupon murah sajer, tapi mmbuat hati sy pusing2.. camne leh ilang sy pon tk tau, yg pasti yg sangt pasti mmg pasti ADA ORANG DAH AMBIK...

ya, sy mengerti, ini kesalahan saya, jujurnya saya tak salahkan sesapa selain diri sy sendiri, walopon pengambil henset murah itu juga tidak sy salahkan, kerna sy mengerti dan pahami kecuaian dan kesalahan sy dlm menjaga henset murah sendiri..

sapa2 nak salahkan saya, silakan.. silakan.. :'(

imbas kembali, taun ini 2 kali sy ilang henset, di mana selama sy brmula memiliki henset, sy TIDAK PERNAH hilang henset WALAUPUN SEKALI. tapi tahun ini, DUA KALI saya ilang henset..

dulu bila 1st time hilang henset, tak brpa rasa hape2, walopn henset tu lagi mahai dn lagik byk kenangan, tapi kehilangan kali kedua ni betul2 bagi pusing sama sy punya jiwa la. walopn jauh lebey murah dn trpakai..

mungkinkan ini peringatan dari Tuhan utk sy yg saban hari mencatat dosa brgunung-gunung..

Ya Allah, ampunkan hamba...

wahai insan, maafkan saya....

moga keampunan Tuhan dan kemaafan kalian bisa menyinarkan serba sedikit cahaya ke dalam hidup sy yg kelabu ini..

:'(




Saturday, September 10, 2011

riang ria raya..

salam..

demi keabadian kenangan raya tahun ini, nah gmbr2 raya utk tatapan hari tua.. namun begitu, telah byk gmbr sy upload kat fesbuk, jd sape2 nk nengok, sila klik di sini

kat cni cket saja..

and im rather to let the pictures do the talking...... (^_____^)v

oh ya.. di cni hny ada gmbr sy (op kos la) dan humaira, yg len2 pi tgok fesbuk









versi saya










































versi humaira






















wassalam

Monday, September 5, 2011

i can't win



yes, it's true, i can't win. thinking that i was fighting with my own vow i was ashamed, because i am loosing in my own self, in every way that i created all by myself..



somehow, loosing is not the biggest afraid, maybe it's better this way, so that it will be the biggest win to all. then i win.



i'm sorry
for not being a winner





Thursday, August 25, 2011

remarkable 24..

salam..


okeyh la. besok keja, plus besok pose, plus malam ni antara mlm2 trakhir ramadhan, jadi this entry will be fast written and short..




oh, saya sudah 24. 24 weh, 24!!!!!,, oii bising... tiada apa yg perlu diperkatakan (atau dituliskan). cuma sy ingin skali mengekspresikan pnghargaan sy di belog yg hany sy penulisnya...




penghargaan yg utama skali haruslah goes to Allah the Creator, the Lover. tanpa keizinanNya, bagaimana harus sy brnafas, bagaimana mungkin sy bisa wujud, bagaimana? tidak mungkin bukan. makanya setiap manusia itu harus sedar, Allah adalah segala-galanya.. diulangi SEGALA-GALANYA. bukan suami segala-galanya, bukan juga isteri, bukan juga anakda2, bukan juga keluarga, apetah lagi teman2, pakwe-makwe, guru2, anak2 murid atau pun sesape saje, oh ya, harta juga bukan, pangkat dan nama apatah lagi... ya, sememangnya prkara ni semua org tau, tp tk ramai yg buat2 reti, paham dok? konon paham tp tk paham2.. the advice goes to me too..







seterusnya utk ibu bapa. ohhh ini pasti lah. krna mreka insan2 trbesar jasanya kpd sy. syurga sy di bawah tapak kaki diorg. pagi la try tgok kaki diorg, ada tk syurga sy bwh tu? (hei hei hei, jgn buat!) yg pasti, doa mreka makbul utk sy, doa sy mgkin tk bape nk makbul, tp insyaAllah doa sy akan brterusan smpi alam barzakh nun ha! utk mereka. sy ni WAJIB diulangi WAJIB menghormati dn mnjaga mereka. Allah dan rasulullah yg kata. maka WAJIB la jugak sy love love love kat depa.. sebab apa? tk perlu di perjelaskan. korang semua ada otak kan? ada akal kan? boleh pikir kan? ha! 'lu pikir lah sendiri!!!' mengekploitasi kata2 nabil si raja lawak.







and the awards goes to family members(tepuk tangan). bukankah kita sudah setautan bila kita keluar dr rahim yg sama? no doubt you guys mean a world for me, because Allah destined us to love each other..







next should be friends la, you guys colour up my life, how should i thank all you ha? emmmmmmm.. gotta idea! by doa'. yes. betul sangat, ye lah. kita nk jumpaa tk leh, nk calling2 bz memanjang, tak pe lah, sy tk rasa susah pun nk tadah tangan brdoa yg trbaik buat kalian. moga kita SEMUA jumpa balik kat syurga ya. Ya Allah, pleaseeeeeeee...








tidak dilupakan, semua org yg berkenaan, dlm erti kata lain, those who are accidentally or coinccidenly or purposely step by into my life. may Allah bless all the time.


-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
setelah 24 tahun, sy sudah mnjadi wanita. walaupun wanita biasa.

-
-
-
-
-
-
-
-
-
oh! remarkable 24! yes it is!


Saturday, August 13, 2011

ramadhan post

salam

setelah sekian lama, baru le dpt mengapdet blog, dh ari ke-empat belas kita berpuasa, alhamdulillah, masih ada kesempatan waktu utk brnafas, brjumpa dgn ramadhan kali ini, tahun ini, pastinya brbeda dgn taun2 dulu, lebih baik? lebih teruk? let's pray..

dh separuh bulan dh pose, pe citer? tadi pi tgok bulan, wow. bersinar luar biasa dia, tk caye? pi tgok.. pi pi..

dn sy melihat bulan ini sbg bulan CINTA,,

kenapa?

kerana bulan ini hati sy dipenuhi cinta, cinta kepada segala-galanya, semuanya nmpk indah di mata sy, lalu melahirkan cinta yg mndalam dn trindah..

contohnya, melihat ibu memasak di dapur melahirkan rasa cinta.
melihat ayah mengimamkan solat jemaah melahirkan rasa cinta.
melihat para peniaga brniaga mncari rezeki melahirkan rasa cinta.
melihat para kanak2 mula blajar brpuasa melahirkan rasa cinta.
brbuka brsma-sma melahirkan rasa cinta.
brsahur bramai-ramai melahirkan rasa cinta.
melihat pokok brayun juga bisa melahirkan rasa cinta.
mendengar kicauan burung maupun kucing bisa melahirkan rasa cinta.
mendengar org ngaji apetah lagi melahirkn rasa cinta.
mmbaca post2 org lain mengenai keindahan ramadhan juga melahirkan rasa cinta.
melihat rakan2 gembira di bulan mulia melahirkan rasa cinta.
melihat sanak-saudara saling brkunjungan melahirkan rasa cinta.
melihat kemeriahan masjid melahirkan rasa cinta.


dan banyak lagi cinta2 yg trlahir dari pelbagai situasi yg sy sndiri juga tk ingat.



ini juga adalah bulan RINDU.

rindu kpd byk perkara. yang telah tiada, maupun yg sedia ada.

sy rindu dgn puasa di zaman belajar dulu, betapa kita survival dgn apa yg ada. kadang brbuka dn brsahur dgn linangan air mata. oh teman2, sy rindu kamu kok.

sy rindu melihat kami sekeluarga SEMUANYA brpuasa sama2, skrg tk mungkin cukup semua, ada yg jauh di perantauan, ada yg mengikut keluarga mertua, yg mengikut suami, ada yg belajar jauh, bekerja jauh, mcm2 la, moga Allah pelihara mereka ini. dan kami juga.

sy rindu dgn diri sy yg dulu, ye saya.

sy rindu kamu. ye kamu.

sy rindu, ye rindu... sangattt.





CINTA dan RINDU yang tidak dpt diperjelaskan di sini. tapi ia ada. dah soalnya hati, mananya nk paham klu dok sembang2 gaya gini.

tapi satu yg pasti.. dua-duanya anugerah Ilahi. dan di bulan yg mulia ini, kedua-duanya mnjadi sgt luarbiasa. and it's good... ohhhh really good.

dan sy brdoa, agar CINTA dan RINDU ini yg lahir di dlm hati hamba yg hina ini, bisa meraih CINTA dan RINDU yang Maha empunya cinta. moga trsebarlah cinta-cinta ini dan rindu-rindu ini ke serata pelosok dunia.

amin.

Wednesday, July 27, 2011

sebarkan bahagia




Bahagia itu bukan destinasi

yang belum pasti
bahagia ada setiap hari
dinikmati oleh hati



Bahagia anugerah Ilahi
berhak dimiliki
buat siapa yang mencari
dengan petunjuk hakiki



Bahagia perlu diciptakan
bukan sekadar diangankan
dalam setiap keadaan
dalam setiap kesempatan



Usah terus sengsara
bahagiamu di depan mata
ciptakanlah bahagia
dan sebarkan bahagia




FATIMAH SYARHA

Tuesday, July 26, 2011

kepada pemilik2 kenderaan berwarna HITAM..

salam

alkisahnya, saya ke klinik, pada waktu malam yg gelap gelita, sekian saja urusan selesai, saya menuju ke kereta, saya pun start enjin kereta saya, saya pun tukar gear reverse, saya pun pandang cermin belakang dan cermin sisi, yang saya nampak clear jer, belakang tu pulak padang yang luas, saya pun apa lagi, reverse la dgn yakin, confident dan bergaya, tiba2 nak ke depan balik,



AIKKKK!!! ada kerlipan lampu oren, ada kereta berwarna hitam rupanya,



HOI! bisa bikin heart attack saja, len kali tolong sedar diri, kereta awak tu warna hitam, tolong la jgn parking di sudut gelap, lagi-lagi, di malam yang gelita, tolong...



itulah pesanan sy kepada pemilik-pemilik kenderaan berwarna hitam..


hai hai





Wednesday, July 20, 2011

gentleman

salam


lama tk apdet belog, ada org dh komplen dh, siap komplen ngape wat titik-titik lagi, eh eh eh, itu la namanya seni, klu tk paham tu namanya tkde jiwa seni.. hik hik hik..


few things happened, and it all cherish my world, tink tink!!! =)


how can i start? okaylah, citer hok gempak2 jer, my besh frenzzzzz were married, addition my cousins, the biggest congratulations to all, may the new chapter of life will be better than before and be the best at the end,,,




bila dua hati dh terjalin
selamatlah pengantin kami doakan
moga redha Allah bersinar selalu
tanda bermula bahtera hidup....






melati-daus

ini bestie kat ukm and for ever lah, happy to see her wedding, may all the happiness go for you dear, u really deserve it.. sy tk kenal sgt suaminya, but hey man! you better take care of her, i'll be watching~~ kenangan brsama dia ni trlalu byk utk di kongsi, and it all worth. u r special in every way a person can be, so u belong in my pray.







dayah-a.adi

akhirnya!!! alhamdulillah!! dua2 sy kenal, silatmate yg trsayang, dua2 org penting dlm fasa idop sy kat ukm, dayah ialah partner silat kat ukm, tumbukan dia mmg padu doh, lagik2 klu dpt buah serang, mau lebam seminggu, tapi kerana kepaduan itulah, saya berhasil smpi ke hujung jalan, thank you cik adik, juga a. adi, ex-ydp kami, dia klu bg nasihat, mau menusuk ke dasar hati, mmg boleh ingt smpi mati lah, hehehehe, mereka mmg ditakdirkan brjodohan, moga Allah pelihara smpi ke akhirnya..








salimah-nuaim

ni toksah cakap la, klu time kecik2 dulu, kami dok main kawen sama2, tup tup, dia kawen dulu, sepupu sy hok sorg ni, merangkap jiran sy sedari kecik, apa yg kami tk penah buat, main kat umah wan main baling2 bantal, smpi tgh malam2 buta, pas kena marah, main balik, hehehe, siri kenakalan yg pasti indah sokmo, dia juga adalah teman pemborak sy klu kami sama2 tido umah wan, dulu2 la, mau smpi 2,3,4 pagi brborak,pastu bangun subuh lmbt2, kena marah, smpi dh tutup lmpu dah, borak lagi, haish! juga kenangan first love!kih kih kih, rahsia imah rahsia, biar pecah di perut. jgn di mulut!








kak pae-dollah

sepupu ini juga sgt istimewa, dia ada brmaustatin di umah kami dlm tempoh yg agak lama, melalui tempoh remaja sama2, satu bilik yg brsepah sama2, malas kemas bilik sama2, brkongsi cerita skolah sama2, mengumpat cikgu yg sama, kih kih kih, takde lah,begitulah hendaknya kita kak pae kan, hai, dgr kata perut dh ada baby, laju bebenor, bunting pelamin la nih, atam tumpang gembira.. moga brtambah ceria dgn ahli baru,,







kak asma-najid

roomate sy dolu2, kak asma, i mis u!, maaf tk dpt dtg ur wedding, but my pray will always do. kita toksah citer kesah chenta dia, bisa merobek hati saya(apahal?). takda apa hal.. u look beautiful seriously(tetiba).. oops. ini gmbr tunang, maaf ye terplagiat..








begitulah cerita kawen-mawen mereka2 yg istimewa dlm idop sy, saya? toksah tanya, cili kang..


ok. berbalik pada tajuk (huh, sungguh lama intro mu...... bese la), gentleman? define please.. some will say "ala yg sokmo kabo ladies first", takpun yg tolong tarik kerusi bagi pompuan duduk, takpun yg angkat2 mende2 berat DEPAN pompuan,or whatsoever la yang you guys think, saya? tk penah pikir secara serius. serius ni. apehal sy nk buang masa pikir ciri2 lelaki gentleman, tak kuasa, tak dok pekdahnya...



but then, a things happened, alkisahnya, i know one this little guy 7 year old kid, well-known dia sangat nakal, sangat2 nakal, not single word can even describe kenakalan dia, luar biasa punya kenakalan, u never met him, so u know nothing, but i do know everything, kenakalan dia akan bisa menggoyah ranting kesabaran kamu, lantas goyahla jugak pohon keimanan kamu, bila dia mulakan aksi2 kenakalan, bagai mencabar segala jenis egois kamu, lalu kepadaNya lah saja kamu mohon pertolongan...



a split of second change everything, specifically a concept of being gentleman. si dia sampai dgn gaya otainya, dgn muka 5 sen nya, dgn rmbut 3 sen nya, dgn mata kuyu 1 sen nya, baru nk bukak pintu sebelah, baru nk angkut barang,TIBA-TIBA dia terlihat ada seorg gadis (sebaya dia lah) tgh salin tudung kat bilik tu, terus dia TUTUP pintu...sambil menunggu gadis itu (sebaya dia lah), dia tk bukak2 pintu smpi gadis itu keluar, dan saya TERKEDU SEJENAK.



ntah la knapa sy trsentuh. but i was.



A- mgkin sbb dia masih kecik sgt.(drjah satu baru, tk brsunat pun lagi) dan dia baru nk belajo membaca, kenal huruf dn nmbor kat skolah. bab2 aurat ni? seingat sy ntah drjah brapa bru belajar syllabus aurat ni dlm subjek fardhu ain. but he did care about aurah. moreover, he did care about a girl aurah.


B- mgkin jugak krna kanakalan nya yg luar biasa itu menyebabkn sy lagi trsentuh, he did us exhausted controlling him, causing me didn't see that 'part' inside him. but it's there, and i ashamed.


C- mgkin jugak krna dia masih suci sepertinya kain putih, masih tunas menghijau warnanya, hati dia masih suci tnpa ada sepalit dosa. kerana itu lah, tindakan reflect nya menampakkan terus kesuciannya hati dia(mmg dasarnya semua kanak2 takdak dosa). ikhlas yg tidak dinafikan lagi.


D- kerana sbb lain yg tidk di pahami. you tell me la..


ok, bagitau sy, apa kaitan tajuk dgn cerita di atas? mcm tkde kaitan kan? but for me.. ada. secara jelasnya, people used to think gentleman is a way how a man treat a woman. bagi bunga ke, melamar surprise2 ke, candle light dinner ke, kasi pompuan jalan dulu ke, bukak lif utk depa ke, tolong angkat barang ke, mcm2 lagi la. you just ask people around you la, and you will have thousand definition of gentleman term. sy tkde bantahan utk mana2 definition yg u oll akan dapat, but me have one. a man who respect a woman.

a man who doesn't respect a woman doesn't deserve a respect. vice versa



Wednesday, July 6, 2011

menuju kenduri imah

salam

baju malam khatam qur'an dan solat sunat hajat -checked
-tudung -checked


baju pagi akad dan kenduri -checked
-tudung -checked
-inner -XXXX


-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
hei, sape nk kawen nih??????

Tuesday, June 28, 2011

pasiran


time is like handful of sand, the tighter you grasp it the faster it run through your fingers














































isn't it?

Saturday, May 7, 2011

bila hari ibu tiba..

salam

hari ibu tiba lagi!! (baca macam iklan tora tuh)..

aritu anak murid ada bitau "ustazah, saya nak kumpul duit la, sy nk bagi hadiah kat mak saya masa hari ibu nnt, sy nk beli hadiah apa ye ustazah" dgn serius skali brtanya.. "entah, ikut awak la" jawab saya dgn hambar skali.. keh keh keh.. tidaklah, bukan begitu saya mnjawabnya, hoi, klu nk tulis balik segala isi perbualan antara guru dan anak murid, 7 hari 7 malam pun tak abis, cuma nak tulis 2 point jer kat cni, yg baiknya budak ni reti la jugak nk hargai ibu mereka di hari istimewa itu yg pnting ada usaha.. yg tk brapa baik tu, alahai malas citer r, lu pikirla sendiri bak kata nabil..

yang penting saya ada ibu, awak ada ibu, mereka ada ibu, kita semua ada ibu, could it be better..? no of course..the best gift that a person could have, isn't it? for that.. alhamdulillah..



dulu taim kecik2, mereka bilang, mak kita kawan baik kita, maunya saya percaya taim tu, ada ker kawan baik marah2 kat kita klu kita tk nk pegi skolah, tk mau buat kerja skolah, cubit kita klu kita nakal2, tk bagi kita masuk rumah klu lmbt balik ptg2, rotan kita klu kita tk nk sembahyang, paksa kita makan sayur, paksa kita gosok gigi, tk bagi kita beli coklat ngan aiskrim, paksa belajar smpi menangis-nangis.....

tapi bila kita dapat keputusan peksa tak elok, mak kita kata usaha lagi, hok lain serah pada Allah..

bila kita cemerlang, mak kita kata alhamdulillah, bangga rasa.

bila kita sakit, mak kita bagi ubat, peluk kita, bawak kita pegi jumpa doktor, jaga kita, tk tidor malam temankan kita.

bila kita sihat, mak kita suka.

bila dia tak sihat, dia senyum jer, dia tk nk bagi kita risau.

bila kita buat salah ngan dia, cepat nya dia maafkan, kita dah rasa berdosa amat sangat, tapi mak kita pemaafnya, lembutnya hati dia maafkan kita.

bila kita lapar, dia sanggup tak makan, bagi makanan dia kat kita.

bila mak suapkan kita adik-beradik, dia selalu tak smpt makan, sebab kita ramai, tk smpat nak suap kat mulut sendiri..

bila mak kita hantar ke asrama, mak kita selalu tanya, ada barang tk cukup? duit cukup? nk bekal apa bawak balik? biasanya barang kita cukup, tapi klu tk cukup, biasanya mak kita cukupkan, biarpun barang mak kita yang tk cukup..

bila kita tkde duit, biasanya mak kita akan bagi, walaupun lepas tu purse dia kosong.empty.nothing.

bila kita sedih, hilang harapan, kecewa, rasa gagal, rasa kosong, kita slalu tepon mak kita, lepas kita dgr sore mak kita, kita rasa ada sinar menerjah, ada harapan tiba.

bila kita masam mencuka, mak kita selalu senyum saja, kita pun hilang segala marah menyala.

byk nya klu nk citer detik2 indah ngan mak kita.. sekarang saya dah percaya, mak kita kawan baik kita. bukan stakat kawan baik, tapi manusia terbaik utk saya, ibu awak pun manusia terbaik utk awak, saya yakin itu... cuma sy rasa tk mampu nak balas jasa mak ni, sbb rasulullah s.a.w kata, jasa setitik susu ibu pun seorg mnusia tkkn mmpu mmbalas jasa ibunya, maka saya hanya mampu tadahkan tangan berdoa utk ibu, moga syurga buat mu MAMA..


Monday, May 2, 2011

kita kan ada

salam

hai lama tak jumpa, wahai blog yang sepi, maaf la.. penulismu punya kehidupan sendiri.jauh dari alam maya ini. hari-hari dok struggle fighting, fighting ngan sape tahu? ngan diri sendiri la, kan rasulullah s.a.w dah habaq, peperangan terbesar ialah peperangan lawan diri sendiri, and he is so right. no offense. you too huh?

ok. just a gentle reminder:

-melati nak kawen (awal bulan 6)
-kak asma nak kawen (awal bulan 6 jugak)
-dayah nak kawen (bulan 6)
-kak pae nak kawen (akhir bulan 5)
-kakde husna nak tunang (bulan 7)
-imah kawen (pas raya)
-kakteh fateha n kakde husna nak kawen (akhir bulan 12)
-kakngah nak bersalin (tengah bulan 7)
-kakteh nak bersalin (tak ingat due bila, ampun)

tarikh2 penting mereka perlu dipahatkan dalam sanubari, kerana mereka orang penting..

kawan=penting
keluarga=penting

kawan=keluarga=penting

tgok, betapa pentingnya mereka..

i am in celebration mode. because friends celebrating each other, kalau family? mestilah jugak, toksah tanya la, lepuk kang..

saya apa khabar? keh keh keh keh, mestilah sihat, alhamdulillah.

ok lah, kenapa ye tajuk ni sebegini? kerana friends dan jugak family selalu guna words ni kan? such a beautiful word actually..

itu je la, tata

Wednesday, March 23, 2011

happy birthday sweetoo

salam..

my girl is actually grown up. she is 17!! seventeennn? homagad.. cepatnya masa brlalu, rasa cam tk caye jer, ye ah, camne nak prcaya? klu dia makin tua maksudnya sy triple makiin tua.. oh no..

idak lah, i don't care at all how old i am being, but i do care how much time is left till the last breath, ntah smpt ke tak brtobat, ntah mati dlm briman ke dlm kedosaan.. adeh.. bisa bikin gelisah memikirkan soal kematian..

dan untuk ucik,

happy birthday..

smoga cemerlang dunia akhirat ye..

love

here she is..


tk smpt nk tulih pnjg2, dh mlm sgt ni. len kali karang ayat puisi utk ucik ye

Saturday, March 19, 2011

di sebalik intan hafizah

salam

secara jujurnya, penah la sekali dua taim kecik2 dulu, mmpersoalkan kerelevanan nama sndiri, trpikir-pikir ngape la mommy dan daddy buh nama yg tk bape nk komersial cenggini, kalau nama intan tu dah glamor la jugak, tapi klu nama hafizah kat ujung tu gabung ngan nama intan kat depan tu rasenya mmg tkde nilai komersial pun, tapi ada la jumpa sorang tu yg nama sama, tapi one in a millon la. jujur ni jujur ni

terpikir jugak ngape mommy dan daddy tk bagi nama juliana evans ke, diana ross ke, takpun nama melayu yg canggih siket erra fazira ke, danisha ke, julia ke, sara ke, ha! ada gak la nilai2 glamor kat situ, bunyi pun sedap kan.

pastu bila dok tanya mommy dan daddy sebab2 pemberian nama saya ni, mereka kata "la, pak sedara awok yg bagi dulu tu, mama ngan aboh ikut je"...ok.

dan hari brganti hari, tahun brganti tahun, masa silih brganti, makin lama makin paham erti nama, makin lama makin sayang dgn nama, makin lama makin brsyukur dgn nama..

maksud nya nama saya: mutiara yang terpelihara.

atau boleh juga berlian yang terpelihara, suka hati la. ha, bila translate baru nampak canggih.
kalau mutiara tu sejenis bahan yg trsimpan dlm perut tiram tu ha, kan berharga tu, takpun klu berlian, sejenis bahan carbon yg paling stabil kat dunia ni, komposisinya tip top, ha berharga jugak, best dah nama hak awal ni..

tapi nama hak hujung ni lagi best, hafizah= terpelihara, ini yg mahal ni kat nama sndiri ni, ni makin lama makin suka ni, yelah sape tk suka dirinya dan hidupnya dipelihara, lagi2 klu yg pelihara tu Tuhan Yang Maha Memelihara, bukan lah ertinya saya ni confirm kena pelihara oleh Tuhan yang Maha Berkuasa, tapi tu kan satu doa dan usaha yang berterusan.

makin special nama tu mommy dan daddy yg isi dlm borang surat beranak, kiranya macam doa dari ibubapa yg brterusan la, kan doa mereka makbul, maka hendaknya makbul la doa mereka. amin.

dan sekarang, sy lebih gemar guna nama sebenar sy dan nama penuh sy sendiri instead of sy guna hok glamor2 tu mcm rose, sara, star in the dark, rainbow at morning, mawar berduri, oceana, clover hijau, badai senja, whateva lahh.

sbb yg saya maukan ialah keberkatan nama itu dan doa dari semua, yelah klu kwan2 sedara2 seme panggil nama penuh sy tu kira cam doa la, biarpun baca dlm hati, ye dok? dan mana la tau, kot2 taim ada sape2 sebut2 nama sy, trlintas pulok alim ulamak, para wali ke, yg terdengar dan tersebut nama saya, ha, best weyhhhhhhhhhh, doa automatik, amin byk2..

makanya saya lebih brsyukur sekarang dan akan lebih bersyukur kelak, moga Allah memelihara sy dan memelihara org yg mmberi nama sy dan org yg menyebut nama sy dan org yg mendengar nama sy. amin.


me.. at baby..










so, what behind your name???? tell me.

Friday, March 18, 2011

forgive me, O Allah

salam

recently, saya ada baca 1 buku, hajat di hati nak adiah kan buku ni kat sorang kawan, ntah kenapa time dok nengok2 buku2 kat rak kat kedai buku tu asik dok tringat kat dia, jadi terus lah saya beli buku tu, nama buku: "Anda Berhak Masuk Syurga".

masa dok selak2 kat rak buku ni, tgok tajuk dia, trlintas gak, aku ni sbnrnya layak dak masuk syurga, ye ah, dosa toksah kata la, mmg banyak tk trkira, pahala ntah ada ntah tak ada, amalan ntah diterima ntah sia-sia, jadi bacalah siket2 kandungan dia, nk baca lama2 kang tokei marah pulak, sudahnya beli je lah, boleh baca kat umah kan, lagipun mmg nk bagi kat kawan, ye ah, dh dok teringat kat kawan time tu..

dah baca dh siket2, sememangnya sy tk layak untuk syurga, mmg tak layak, tau dah, tapi tk tahan jugak ngan api neraka, mmg tk tahan, tau dah, dah cane? cer citer cer citer..

dlm buku ni ada dia bagi panduan jalan berusaha menuju syurga Allah, mmg baik punya, terbaik ah, tinggal kita nk usaha tk usaha je lagi, doa jangan lupa, tawakkal mesti, sbb kesimpulannya, kalau kita buat amalan banyak pun ttap takleh masuk syurga, klau Allah tk rahmati, klau kita wat dosa menggunung pun ttap ada peluang masuk syurga, klau Allah rahmati, dgn syarat taubat2 la sokmo, doa2 la sokmo, beramal la sokmo.. syurga neraka ni bukan kita penentunya, iye dok?

hadis nabi:

Dari Abu Hurairah r.a, Rasulullah Shallallahu Alaihi Wa Sallam bersabda :
Setiap umatku masuk ke dalam surga kecuali orang yang enggan” Mereka (para sahabat) bertanya, “Ya, Rasulullah! Siapakah yang enggan itu?” Jawab Baginda, “Siapa yang mematuhi perintahku, masuk surga dan siapa yang melanggar perintahku maka sesungguhnya orang itu enggan” (HR. Bukhari)

nnt nk pos kat umah dia buku ni, nnt la, nk baca dulu sementara tk pos lagi, tengah dok baca2 ada gak part2 yg tersentuh hati, penulis dia byk guna ayat al-quran dan hadis sbg pendekatan penulisan dia. baguih ler..

sy mau akhiri entry ini dgn sebuah lagu dari ahmed bukhatir dgn bertajuk : forgive me.. lagu yg terbaekkkk



forgive me, forgive me, forgive me, O Allah

Thursday, March 17, 2011

having diary? trust in it? me? no more..

salam

well, some people need diary of course, to share things that cannot be shared with others, to be honest in it, to keep it remains when everything is forget, to have a best friend when nobody's there, and to make it precious when you believe.

in fact i did had, i used to believe that it was my best friend same as other girl or other boy or other people, and actually i still believe that it is a precious thing. yes i do.



but

I'm having a diary no more, trust it in no more, why? it's not because I've been betrayed, not as my diary was read and people laughing at me all the time, no, not like that.

*deep breath..no no, not gonna write it

i do respect people who have diary in their private things list, keep on writing..for me, planner is better.

-_-

hey, this blog can't be considered as diary although i used to call this as diary online. why? because this is public, and things in diary that i mentioned earlier is a private diary. OK.

Monday, March 14, 2011

a perfect sunday

salam

bila kemalasan menguasai, mari kita biarkan sahaja gambar berkata-kata..


nabilah w-day, air mata hampir terjah menyembah bumi, kenapa? next entry, next entry,



happiness is being together



can you see my face, it shine all day long, haruslah bersinar, makan baik punya..



so here the things, bakar-bakar crabby macam2 ikan tofu sotong udang ayam kerang and else, so much fun, mesti la fun, perut kenyang, suka hati



cerita tak abis2


pembakar-pembakar gigih


sambil mmbakar smbil pose bajet comel, aish! ucik ngn usu niiii



ini acara si kecik-si kecik(kelas panjat-memanjat), harus ada seorang bapak dn seorg trainer tk reti panjat kat ctu


this is what we call perfect

u come, u smile, i smile, we smile and it perfect..

ahad yng sempurna