Thursday, October 21, 2010

apabila malam semakin larut..

salam..

pelik pula apabila membaca tajuk entry diatas................emm..betul la kot...

apabila malam semakin larut,
aku makin kelabu,
dengan dosa dan noda dahulu,
yang aku lakukan selalu,

mintak ampun itu rutin aku,
tapi buat dosa itu memang selalu,
semasa sedar dan tidak langsung,
entah masih adakah pengampunan untuk aku,
yang penuh hina dengan dosa menggunung,

semalam aku kenangkan,
yang buruk dan baik aku pertimbangkan,
biar sesalan atau manisan,
yang semalam itu adalah semalam,

mungkin esok masih ada,
ada peluang ada harapan ada cita2,
perancangan aku tiada noktahnya,
entah akan tercapai entah akan tersadai,
aku hanya berdoa,
agar esok akan cerah,
lebih cerah dari hari ini dan hari2 semalam,

memang benar,
aku ada kesayangan,
orang2 kesayangan,
tmpt2 kesayangan,
barg2 kesayangan,
semua2 yg kesayangan,

tapi aku harus beringat,
dengan ke[sayang]an yang paling hebat,
saat aku tak ingat,
moga Dia akan ingatkan,
agar aku tak lupa pada hakikat..

Ya Tuhan,
di malam yang dingin ini,
kepala hamba sarat dgn permasalahan dunia,
byk pemikiran utk masa depan yg masih pudar,
byk perkara harus difikirkan,
jiwa hamba penuh gelisah,
khuatir dengan perkara2 dunia yang penuh khayalnya,
bimbang akan realiti di dalam angannya,
badan hamba penat menahan rasa,
mengarah keringat melakukan apa saja,

Ya Rabbi,
hamba ini hamba,
tiada daya melainkan Engkau yang menguatkan hamba,

Ya Allah,
hamba punya doa,
untuk hamba dan kesayangan2 hamba juga,
semuanya hamba tadahkan padaMu,
tiada tempat aku berserah,
hanya pada Mu saja..

No comments: