Saturday, October 9, 2010

being touched..

salam..

tadi dok borak2 ngan kakngah kat dapur, and she did told me one good story that touched me deeply..

ceritanya simple,

pada suatu hari, terdapat satu program bual bicara bersama ustaz, ntah la forum ke ceramah ke, tp yg di mentionkan trdapat dua org ustaz diatas stage, dn mungkin mereka sdg mmbicarakan topik haji ketika itu...

seorangnya ialah ustaz yg menjadi topik perbualan kami sebelum itu, seorg lagi ustaz tidak dapat dikenal pasti..

then, selepas tiba saat2 akhir program itu, maka bermulalah sesi soal jawab antara hadirin dan ustaz2 trsebut, dan tibalah giliran ustaz yg tidak dikenal pasti itu utk mnjawab soalan..

soalannya berbunyi (sila fokus)...

penyoal: ustaz, saya ada satu soalan, saya pernah brmimpi melihat seseorang bertawaf mengelilingi kaabah dalam keadaan telanjang, adakah mimpi saya bermaksud apa2?

ustaz ke-dua: terdiam...

ustaz ke-dua: masih terdiam...

ustaz ke-dua: emm.. sebenarnya saya tak boleh bagitahu apa maksud mimpi trsebut, tapi dah ada yang bertanya, maka biarlah saya menjawabnya..

mimpi tersebut menunjukkan bahawa orang yang didalam mimpi encik itu sebenarnya telah mendapat haji mabrur, dan keadaannya suci daripada dosa seperti baru dilahirkan.

encik kenal ke siapa yg encik nampak di dalam mimpi tersebut? kalau encik kenal, nnt kim salam kat dia..

penyoal: saya kenal orang dalam mimpi saya ustaz.

ustaz ke-dua: siapa?

penyoal: ustaz la...

*lalu ustaz tersebut menangis terharu..
..................................................................................................

saya terharu sangat dgr citer ni, hampir menitiskan air mata keharuan tadi, serius terharu...
hebatnya kuasa Allah, bestnya kalau dapat tahu Allah dah ampunkan kita, takde apa yg lebih bermakna selain mndapat prkhabaran gembira sebegini..

bak cerita Sumayyah dan Rasulullah sebelum syahidnya syahidah pertama itu, masa teruk2 Sumayyah sekeluarga kena siksa, Rasulullah s.a.w dtg kat Sumayyah, cakap kat dia, "untukmu Syurga".
........................................................................................................

sobs~~ sobs~~

terasa diri ini amat hina di sisiNya, sungguh beruntunglah mereka2 yang mndapat redha dan rahmatNya..

Ya Rabbi, tanpaMu, siapalah hamba yang tiada apa, kepadaMu yang menguasai segalaNya, ampunilah redhailah dan rahmatilah kami yang serba-serbi berdosa, tiada apa yang kami harapkan, hanya rahmatMu sahaja..

amin..

No comments: