ada si buta sedang duduk di pinggir jalan. di bawah kepanasan terik pagi, dia berharap agar orang ramai yang lalu-lalang di sepanjang jalan itu sudi bersedekah sedikit sebanyak kepadanya...
di sisinya ada nota yang tertulis "saya buta. kasihanilah saya"
di akhir harinya, dia mengira kutipannya, tidak memberangsangkan, tapi cukup untuk mengisi perutnya yang kelaparan.
keesokannya....
dia melakukan rutin yang sama...
dan begitulah hari-hari yang berlalu...
sehingga satu hari..
sedang dia melakukan rutin yang sama..
ada seorang pemuda lalu di kawasan itu, dia tidak memberi apa-apa duit pun kepada si buta ini. tetapi pemuda ini mengambil nota itu dan menulis sesuatu diatasnya, lalu ditinggalkan nota tersebut bersama-sama si buta itu...
dan di hujung hari itu, si buta mengumpul dan mengira jumlah wang yang diperolehinya pada hari tersebut. dan dia terkejut.. jumlahnya sangat memberangsangkan.
lalu dia bertanya kepada seseorang yang kebetulan lalu di situ.. apakah yang tertulis di nota itu. orang itu berkata "hari ini sangat indah. tapi saya tidak dapat melihatnya"
p/s: bukan apa yang kita lihat, tapi bagaimana kita melihat....
sesuatu itu buruk, bukan kerana ia buruk, tetapi kerana mata dan hati kita buruk..
sesuatu itu cantik, bukan sebab ia cantik, tetapi kerana mata dan hati kita cantik..
segalanya adalah mengenai KITA....
dis picture again(sbb tk leh upload gmbr, jadi re-use gmbr lama dlm blog)
intanhafizah
No comments:
Post a Comment