Wednesday, October 24, 2012

blissful weekend

salam

this entry have should published on last sunday, but then, this was a hectic week, i was busy, so here, finally published, jadi tolong baca dgn mode last weekend, kena feel weekend, baru feel

Sunday 21st October 2012



"

This was a good weekend, I feel good. Feeling blessed. O Al-Mighty, THANK YOU…

 


Kerana

Doa sy dimakbulkan Tuhan, ada la perkara yg saya doakan utk weekend ini trmakbul, jadi sy SANGAT berSYUKUR.

 




Kerana

Ketika perjalanan pulang dari kedai smlm, sy trserempak dgn org yg bepekerti indah yg melakukan amalan indah yg menyentuh hati sy dgn indah, kerana sy tidak melihat keindahan itu secara luarannya, maka saya cukup tersentuh dgn dalamannya yg indah. Kita rasa mat-mat motor yg slalu keliling kwsn perumahan kita slalu mengganggu kita kan? Kan? Kan?  Petang2 bwk motor ‘preng’ ‘preng’ ‘preng’, satu geng mengganggu traffic, ‘phewit’ ‘phewit’ kat awek2 tepi jalan, sape tk hangin melihat mereka? Dah la masa kita balik keja, tgh penat2 bwk keta, brtmbh penat dan tenat melihat anak muda pewaris generasi kita, yg begitu sikapnya, jadi bila TIBA-TIBA, Allah menunjukkan kasih sayangNya… adalah satu kereta yg mmberhentikan keretanya tiba-tiba d tengah2 jalan, saya naik hairan, rupa2nya ada kucing di jalanan, brdiri tegak di hadapan, pemilik kereta kebingungan, sy juga kebingungan, tiba-tiba, ada mat motor ni brhentikan motornya, beliau masih muda, masih sekolah lagi sy kira, dn beliau dgn pntasnya mendukung si comel kucing itu ke tepian jalanan, jalanan yg ke’traffic’an tadi kembali bertenang, gara-gara pemuda yg kita rasa tenat, maka sy hati saya kembali berbunga, YAKIN,adanya pewaris kita, yg bepekerti mulia, harapan sy kembali berbunga. :’)

 





Kerana

Sy ke pasar paginya, ada banyak ‘scene’ yg menyentuh hati. Melangkah je ke permulaan prjalanan Pasar, sy melihat satu pasangan tua ala-ala citer kartun Up, diorg bru habis membeli brg2 dapur, ntah apa yg di borakkan, sdg2 brborak, mereka trpandang each other, and smile………………………. Wah, was a great feeling looking to that couple, trasa bahagia meresap ke setiap urat nadi, tu lah yg dikatakan bercinta sampai tua, bercinta sampai syurga, sangat idola tau…… uuuuuu… :’)

 







kerana

Di pasar yg sama, tgh2 menolak troli, dihadapan sy, ada seorg pemuda melayu terakhir, memimpin tangan ibunya yg tua, slow2 bwk mak dia pilih lauk, cakap elok2 “mak nak tu?, mak nak ni?”… sy trsentuh lagi. :’)

 

 



kerana

Dan td di pasaraya, trnmpak nenek yg jual pisang kat pasar, dipimpin atau memimpin(ntah tk tau) cucunya yg ‘istimewa’ syndrome down rasanya, dh besar pun cucunya, lagi dewasa dr sy, cucu istimewa senyum je memanjang kat nenek yg tua,nenek pun senyum je melayan cucu istimewa, mereka juga brpimpin tangan, ntah kenapa sy bahagia :’)

 







kerana
 
Dan bila sy kekusutan, lalu sy melihat langit, matahari malu2 brsembunyi belakang awan, tapi masih memancarkan biasan sinarnya, dan rasanya melihat langit saat itu, mcm melihat diamond yg berselerakan, trpancar-pancar sinarnya trus trpancar ke dalam hati, SAYA SANGAT BAHAGIA.

 
 
 
 
 

TERIMA KASIH CINTA.

TERIMA KASIH YA ALLAH.

Tidaklah Engkau jadikan ini dengan sia-sia, maka jauhkan kami dari azab api neraka.




saya yang bahagia
intanhafizah

Saturday, October 20, 2012

trust

A little girl and her father were crossing a bridge.


The father was kind of scared so he asked his little daughter:

"Sweetheart, please hold my hand so that you don't fall into the river."
The little girl said:

"No, Dad. You hold my hand."

"What's the difference?" Asked the puzzled father.



"There's a big difference," replied the little girl.

"If I hold your hand and something happens to me, chances are that I may let your hand go. But if you hold my hand, I know for sure that no matter what happens, you will never let my hand go."



The essence of trust is not in its bind, but in its bond.
So hold the hand of the person whom you love rather than expecting them to hold yours.

Friday, October 19, 2012

macamana?

macamana

nak mengadakan hati yang tiada?



macamana

nak mentiadakan hati yang ada?




macamana?
macamana?
macamana?

berpura-pura bukan saya
berterus-terang juga bukan saya

lalu siapa saya?
macamana menjadi saya?

macamana?

Saturday, October 13, 2012

bekerjasama

perasan tak?

satu budaya dalam bangsa kita yg dh jadi duri dlm dging. satu pihak bg arahan, satu pihak terima arahan, yg terima arhn buat la arhn, di tgh2 pelaksanaan, ada kepincangan, maka pihak yg bg arhn pun bncg sesama mereka mncari jalan penyelesaian bersama TANPA penglibatan pihak yg terima arahan, bila berlaku kepincangan demi kepincangan, salah sana salah sini, mula lah budaya salah menyalahkan, yg terima arahan menyalahkn yg mmberi arhan, konon nk tk reti mmbuat perancangan, yg beri arahan pun nk nyalahkan yg terima arahan, konon tk reti melaksanakn,

saya penat

dimana kerjasama kita?


wanita itu saya


assalam



saya wanita, wanita biasa saja, takde apa yg istimewa, tapi sy gembira, dan bahagia, kerana sy ciptaan Dia, yg mencintai saya, seadanya saya, secara luar biasa, dan secara sempurna...






dulu,

saya trtanya-tanya, apa kurangnya wanita, apa halangan wanita, ke sana  ke sini harus brtanya, keluar rumah harus menutup segala, dalam rumah harus menjaga semua, di mana-mana harus brlembut tk semena, ke 
masjid  ke pasar ke bandar ke kampung ke sekolah asyik bimbang dengan fitnah takut2 melanda..






sehingga dalam ibadat juga ada halangannya...

setiap bulan ada 'cuti' dari solat dan puasa, hatta qur'an tidak boleh dipegang apalagi dibaca,
berzikir-zikir sahaja....






malahan dalam keluarga juga nampak kurangnya,

prbezaannya nampak ketara, bila anak lelaki yg menjengah ke dunia, sekampung rasa bangga, dicanang-canang sebagai waris keluarga, hairan bila anak gadis pula yg menjengah ke dunia, mungkin syukur itu ada, tapi jelas ada kekurangan pada senyuman mereka, pada kata-kata mereka, pada perhatian mereka dan pada kasih sayang mereka. tapi mereka lupa, jasa rahim siapa yang melahirkan mereka...







apalagi dlm masyarakat amnya,

bila kami brmasyarakah di zaman muda remaja, lihat saja siapa yg brsuara, apabila wanita yang bersuara dan apabila lelaki yang bersuara, walaupun isinya sama, tapi impaknya berbeza...









lebih-lebih lagi pada pandangan si rakus nafsu serakah semuanya,

mmg jelas kehinaannya, bukan apa yg dilihat melalui nafsunya yang hina, tetapi yg melihat dengan nafsu itulah yg hina, jgn menyalahkan agama, dikatanya itu semua fitrah manusia, tp bukankah agama sudah menunjuk jalan penyelesaiannya, jadi jgn buat alasan wahai si penipu durjana








lalu saya tertanya-tanya, bila emosi yg brbicara, nmpk lah segala kekurangannya,  tapi bila hati dan akal bersatu membincangkannya, maka, jelaslah keistimewaannya...


mungkin wanita ini manusia kelas kedua, pada pndgn manusia seluruhnya, wanita bukan lah pewaris harta, bukan juga pewaris nama keluarga, lalu, bila kita mencari dimana istimewanya wanita melalui pandangan manusia, mungkin kita tak kan jumpa, mungkin juga akan kecewa..







justeru, 
saya menamatkan sahaja, 
pencarian saya, 
mencari harga wanita, 
melalui pandangan manusia...






sy kembali kepada 
yang mencipta saya
yang mencipta wanita semuanya
yang mencintai saya
yang mencintai wanita semuanya
yang menyempurnakan saya
yang menyempurnakan wanita semuanya





dan saya tenang dgn fitrahnya wanita, yg penuh dgn cinta, yg istimewa, 

kdg2 Dia mmberikan kita 'cuti' dr solat dn puasa utk memberikan kita ruang utk rindu pada Dia, kerna Dia juga rindu pada kita, 

Dia mnjadikan kita lembut supaya manusia yg kita sayangi tenang dgn kita, sptmana kita tenang slalu dgn Dia, 

dan apabila manusia mghinakan kita dgn nafsu mereka, mrekalah yg sebenarnya hina, mereka menghina dan terhina, tidakkah mereka mmbaca surat cinta Dia? penuh bukti cinta Dia pada kita, dan apabila mereka mencintai kita, kan ada jalannya? 

mmg kita bukan pewaris harta dan nama keluarga, sbb Dia tk nk bebankan kita, dgn dunia yg sementara, malahan Dia nak bagi tugas yg lebih utama, mnjadi akar keluarga, mewujudkn cinta dalam keluarga, dan menyatukan cinta keluarga kita di syurgaNya




melalui Dia,
ada saya
ada Dia
ada cinta
Dia sempurna
dan saya tidak kecewa
terasa bahagia
terasa istimewa
terasa sempurna






wanita itu saya
wanita itu kita


intanhafizah

ruang

salam

weekend dtg lagi, means masa utk blogging....

another 2 weeks for hari raya korban, and this year, sy masuk bhgn korban for the very first time, sy brdebar-debar ni, ye ah, ibadah korban ni brkait-rapat dgn IKHLAS, sy bimbang tk cukup IKHLAS, susah tau nk IKHLAS, camne ye?

emmmmm......

tp tkpe la, ikhlas tu sbnrnya kena usaha, yg berterusan, jd mari kita usaha, utk IKHLAS, klu bukn hari ini, moga2 brjumpalah keIKHLASan satu hari nnt, keIKHLASan dlm mencintai Tuhan lebih dari apapun.. diulangi LEBIH DARI APAPUN...

dan sy kira, semua org ada ruang, ruang utk diri, ruang utk hati, klu dlm bhs omputihnya "comfort zone"..

org kata hati ni mcm lautan yg dalam, dkt dasar dia, penuh rahsia trsimpan, dan sy kira betul la tu weh. hati kita mmg byk rahsia, dan Allah je yg taunye..

jadi itulah yg sy kata sbg ruang, sy kira hati ni ruang rahsia kita ngan Allah, dgn Allah je.......

(^_^)

Sunday, October 7, 2012

mengenaliMu ya Allah

ini sajak terbest dari IKIM.fm.

kerna sungguh semakin mengenaliMu ya Allah, aku semakin rindu..



MengenaliMu Ya Allah,
rasanya makin merindu..
yakin itu sudah tidak pernah aku tanyakan pada diriku,
kepada kalbuku..
kerana sejak aku tahu mengenal kehidupan,
ketika masih belum mengaji mukaddam dan al Quran,
aku sudah diberi kenal,
ada bintang..
ada bulan..
ada matahari..
dan ada awan...
ada yang menjadikan.

begitu aku terasa tanpa bertanya,
aku ingin makna mendalam,
sudah kuterima kenyataan bahawa alam jagat
dan seluruh mahluk ini..
ada yang menjadikan,
ciptaanMu Tuhan Maha Pengasih Maha Penyayang..

berulang ulang dalam hidupku diberi nafas,
berterusan menghayati nikmat,
makan minum dan tidur berehat,
maka dadaku penuh mengingati,
namaMu sentiasa dibibirku,
dan degup jantungku,
sentiasa mengingatiMu,
adalah tandaku dalam ingatanMu,
maka apabila aku diberi hayat,
di alam jagatMu,
bergerak berkerja,
mencari makan dan
bergaul dengan insan insan dan umatMu,
menjadi sebutan degup hatiku..

dan apa dan bagaimana..
dan dimana aku berada..
aku sentiasa dikurniai inayahMu Ya Allah,
maka aku sentiasa mengingatiMu..

maka dalam bersorak,
bergerak dan berteriak,
untuk apa..
untuk bagaimana..
aku tiba tiba saja,
seperti digerak oleh suatu kuasa,
menyentuh dalam kalbuku,
maka aku jadi terkelu,
mati teriak sorakku,
kerana nafasku,
terasa tinggal satu satu..
maka tahu aku Ya Allah,
lonjak dan sorak,
gelak dan teriak,
bisa sekali lenyap,
dalam satu helaan nafas,
ketika dalam kealpaan,
menghayati dalam kefanaan..













bantu aku mencintaiMu ya Allah
intanhafizah

berkat selawat..

salam

fadilat selawat telah byk diperkatakan oleh ilmuwan2 islam sejak dulu, malah atok nenek ayah mak adik beradik kaan-kawan jiran-jiran semua telah berulang-ulang menyatakan lagi dan lagi, malahan yg pling penting al-qur'an dan hadis juga secara jelas menyatakan kelebihan selawat.

tapi kali ni, sy nk kongsikan dr sudut pengalaman sy sendiri.......

aritu, ada member sejawat hilang kunci kereta. sy pun dok kalut jugak la taim tu, sbb sy sgt paham kegelisahan hilang kunci kereta, gabra doh, jd sy pun bersungguh-sungguh cari, kesian sgt tgok dia duk susah hati hilang kunci kereta..

cari dok cari, tak jumpa...

cari dok cari, tak jumpa...

cari dok cari, tak jumpa...

cari dok cari, tak jumpa...

cari dok cari, tak jumpa...

semua org pun dh almost give up, hmpr semua org duk tolong cari jugak.
pastu sy kata kat dia, "akak, mak sy kata klu barang ilang, kena selawat byk2, nnt insyaAllah jumpa"
lalu, sy pun smbung mncari dgn fasa brselawat pula, lama sy selawat, selawat dan selawat.

dan akhirnya, Allah bukak hijab sy, sy jumpa...

kunci tu dijumpai kat tempat yg semua org dh pegi cari, tp tk siapa nmpk, padahal terang lagi nyata, kunci tu jelas-jelas kat tmpt trbuka,sengaja Allah menghijabinya drpd pandangan manusia.








kes yg sama brlaku ari ni, spek mata sy ilang, sokmo je ilang, tp kali ni luar biasa ilang,sbb mmg abis semua sudut rumah digeledah, tp tk jumpa, jadi selawat punya selawat, akhirnya dijumpai kat bawah lipatan selimut dan baju2, Ya Allah, mujurnya... mungkin saja patah dan hilang terus. tapi kuasa Allah dan berkatnya selawat..





untuk kelupaan juga, ini sokmo, mmg brkesan, klu trlupa apa2, selawat la, selawat la, selawat la, insyaAllah, brkesan sgt sgt sgt sgt....





juga utk sakit2, klu rasa sakit kat mana-mana, hembus je selawat2 tu kat situ, insyaAllah ada kurangnya, tk percaya? cuba dulu.....PASTI BERJAYA.






pelembut hati, boleh la dihembuskan kpd hati2 yg degil, jiwa2 yg resh, samada hembus terus ke orgnya, atau melalui perantaraan doa, atau melalui masakan (^_^)v




doa, boleh la dihembuskan pada air minuman, atau air mandian, betul.......

































ok. itu saja nk kongsi utk hari ni, yg ni semua pengalaman sendiri.... selawatlah kamu sekali, Allah mmbalasnya 10 kali....



bukti cinta Ilahi..

Saturday, October 6, 2012

berita

salam

baru-baru ni, sy dikejutkn dgn berita kematian yg brderet-deret dan brturut-turut.... "cukuplah mati sbg peringatan" itulah yg diperkatakan kan? and i guess it was so right.

berita-berita ini cukup menggetarkan hati sy, yelah, sy ni byk dosa.saya manusia biasa ..nt klu malaikat izrail dtg mnjemput nyawa, ntah bila-bila, tkut tk cukup bersedia.. dush2.

tp kat cni harus sy coretkan kisah2 kematian yg pling mengetuk pintu hati sy. utk peringatan diri sendiri la ni.

satu...

8 tahun lepas, pemergian senior sy, senior sklh, alkisahnya, beliau tk pernah pun sy lihat wajahnya, apatah lagi brbual-bual dgnnya. jd mmg sy tk kenal la ngan dia ni,cuma sekali-sekala ada dtg skolah bg ceramah, ke bg tazkirah ke, tp dr jauh je la, mmg tk penah tgok muka, cm dgr suara je, dia ni ada adik, adik dia ni la sebaya sy...

jadi nk dijadikan cerita, kemalangan brlaku masa SPM, masa tu SPM separuhnya sblm raya, separuh lg slps raya, dn senior ni nk jmput la adik dia kat sekolah, utk balik beraya kejap, jadi bila sy dh tau dia accident tu, sy brbisik ke dalam hati, "Ya Allah, dia ni org muda yg ikhlas, jrg2 ada org muda seikhlas dia, ikhlas dlm perjuangan agama, dn ajakan n peringatan dia selalunya trkesan dlm sanubari dn jiwa, jd Ya Allah, slmtkan dia, dunia ini perlukan dia" ....

dan ntah kenapa, sy ni trus menerus confident bhw dia pasti selamat, confident sgt, walopon dok dgr2 dh khabar2 kurg menggembirakan, masuk ICU, pndh hospitl, and so on, tp sy confident, sgt confident, confident dgn keperluan dunia, mmg dunia mmrlukan org muda seikhlas dia, bak katanya Hassan al-Banna.
brbanding sy, jauh brbeza, mgkn saja dunia tidak perlukan sy, klu sy 'pergi' meningglkn dunia, mgkn tiada kesan pada sesiapa dan apa2. tp dia berbeza.


tiba-tiba..


dpt khabar brita, senior sy ni pergi meninggalkan dunia...



.........



sy blank utk seketika. tak sangka. tk sangka. tk sangka. kenapa saya? kenapa sy  trlalu confident? bukan ke tlh di ajar dlm syllabus skolah, antara intipati rukun iman tu, "percaya kpd qada' dan qadar". oo..rupanya slama ni semua tu sy tahu jer, tp masa tu bru sy mmahami. erti sbnr qada' dan qadar.

dan saat itu, air mata sy tk brhenti dh, ntah la sy pun tk paham kenapa, padahal sy bukan kenal pun dia, jd disebbkan sy ni dok nangis nangis nangis, mak sy suruh sy pegi solat, sy pun menurut, dn ketika solat, tiba-tiba trbyg-trbyg, sy mcm trnmpk seekor burung, sdg trbang menaik ke langit, laju dia trbang, laju sgt, sy pun pelik, awat ni?

sy wktu tu tk ambik pot sgt, tgh layan sedih di hati yg sy juga tk mengerti. lama sy tanya pd diri, 'intan, ko bukan kenal pun arwah, muka pon ko tk cam, stkt penah dgr suara, tu pun sekali dua,kenapa sedih tk hingt ni?

dn begitulah masa brlalu, shingga pada suatu masa, sy trbaca satu artikel tazkirah, brkenaan kematian, dan cara-cara roh-roh menemui Tuhan, yg lain sy tk ingt tp sy ingt satu baris ayat ni lebih kurang"org yg syahid menemui Tuhannya spt burung trbang ke langit"

zaas.. serta-merta sy tringt senior sy, ntah la bygn sy je ke atau begitu caranya si dia menemui Tuhannya.

walaubagaimanapun, 'pemergian' dia tlah mg'hadir'kan hati sy, sptmana dia juga mg'hadir'kan hati sy ketika hidupnya. tulah, klu org baik. hidupnya brjasa, perginya juga berjasa. dan dia mmg definately BAIK. Allah yg tunjuk dan bgtau kat sy. terima kasih ya Allah, cucurilah rahmatMu keatas si syahid ini.








dua

baru-baru ni, kwn kpd kwn sy meninggal jugak, semasa hidupnya, sy dh brhajat nk pegi ziarah, tup tup, sy tk smpt, Allah tk izinkan, jd, bila sy dgr berita pemergian dia, sy smbung la hajat sy nk ziarah tu, tk smpt masa hidupnya, moga-moga smpt la masa matinya. walaupn juga sy tk kenal.

jd sy ajak kwn sy ni pegi, arwah ni muda lagi, 23 tahun umurnya, lebih2 kurang sebaya sy je, dn sy juga trkejut dgr perkhabarannya.

dan sepanjang proses pengurusan jenazah brlaku, sy ni sayu sgt, sy pun tk paham, utk seseorg yg sy tidak kenal juga, air mata sy beria-ia nk kluar, tp sy tk bg, sbb yg kehilangan kwn tu, kwn sy, melihat dia berair mata, haruslah sy tabah utk dia, tahan air mata sy demi air mata dia.


tapi mmg sayu sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat..

dn bila semua dh selesai, kwn sy pun cerita, rupa-rupanya arwah jenis org yg tk penah tinggal solat malam (tahajjud), tk penah mengeluh dgn susahnya hidup, tk penah brkira bila brkerja utk agama, masa/tenaga/harta,semuanya demi agama, bila tkde duit, dia relax jer kata "bukan tkde duit, tp kurg duit"

dia baik kan?




tgok.. org2 yg baik.
hidup di dunia buat baik.
pergi cara baik.
meninggalkan yg trbaik.
kami pun rs nk jadi baik.
kami pun nk pegi cara baik.
boleh ye Allah yg Maha Baik.

dn hati sy tk berat nk sedekahkan fatihah dn yasin utk mereka, org2 baik....

al-fatihah

oktober 2012

salam.

apa kabar blog, lama tk jumpa... skrg pukul 2.03 pagi, laptop ni yg tunjuk. kebetulan sy trjaga dr tido, kebetulan konon2 nk wat keje, kebetulan teronline, kebetulan terupdate blog, eleh intan oi, sudahla...

tp i feel okay, klu tgh2 mlm buta gini,mmg feel menulis menjengah tiba2, ntah la, tk paham jugak ngan mood ini.. tp nk tulis apa ye? emmmmmmmmmmmmmmmm..... apa2 je.




pertama.

sape tgok citer Adam dan Hawa?
sy tgok. jd sy nk mntk mf kpd peminat2 citer Adam dan Hawa. kerna sesungguhnya makin lama tgok makin sy tk suka. bukan apa. geram dgn Adam Mukhriz tu, apa yg dia expect dr Ain Hawani tu? why you treat her like she is a mind reader? hey!!!!! perempuan bukan mind reader. tk paham klau tk dipahamkan. dlm citer tu, tkde sape bgtau Ain Hawani citer sbnrnya. apa status dia. apa status adam. bagaimana keadaan mereka. TAKDE SAPE. hangin btul. klu la sy ni Ain Hawani pun, mesti rasa nk marah jugak.

adeh, emosi pulak mlm2 ni. sori.





kedua

semenjak dua menjak ni, hati sy ni sokmo kecelaruan, bila dipahamkan, rupanya kerinduan, kpd shbt dan teman, Ya Allah ya Tuhan, lindungi teman dlm keredhaan, syngi shbt dgn kecintaan, biar sy ketiadaan, hadiahkan shbt ketenangan, walau seorg walau brteman, walau shbt tidak ketahuan, tolonglah Tuhan.







ketiga

sbnrnya intanhafizah ni kata td tgh wat keje kan? jadi dgn segala hormtnya, diminta mengundurkan diri dr blogging, hoi hoi, tolonglah sedar diri.




intanhafizah