Tuesday, December 25, 2012

Keraian

salam

asalnya perkataan 'keraian' drpd perkataan 'rai'. means majlis meraikan sesuatu, jadi istilah ini terguna pakai utk semua majlis atas dunia ni, kenduri kawin, tunang, akikah, kesukuran, doa selamat and so on. dan alhamdulillah, rumah sy bru je slmt mengadakan majlis keraian. dan sy kira majlis ini majlis plg bahagia utk sy. kerana di majlis ini sy melihat bahagia, jadi harusla sy bahagia.

bahagia dgn cinta.

dn selalunya kat majlis2 kat sekeliling kita ni, mcm mjlis kenduri kawin la contohnya, slalunya yg kita nmpk yg diraikn itu ialah pasangan pengantin tu kan? mmg betul pun, tp mgkin tk semua org nmpk yg selebihnya, bg sy, majlis seumpama mcm ni juga adalah utk meraikan mereka yg brtungkus-lumus mnjayakan mjlis tersebut, bukn org lain pun, yg trlibat sokmonya mak ayah kita, adik-beradik kita, keluarga kita, sedara-mara kita, jiran tetangga kita, kwn2 kita, kenalan2 kita, ye dok?

dan di majlis yg bru selesai ni, sy melihat ketungkus-lumusan(bantai je istilah ni) mereka2 yg trsyng, sebelum majlis, brtungkus-lumus ke sana ke mari, penat lelah dh tk peduli, biar habis tenaga dalam diri, asal majlis sempurna di urusi............................

selepas majlis, brtungkus-lumus mencuci, menyusun dn mengemasi, walau tenaga tk habis recharge lagi, biar demam mula menjengah diri, biar suara hilang ditiup pergi, biar badan lenguh2 tk reti, biar sakit pinggang tk difahami, mereka masih gagah mengurusi, lalu sy melihat kesempurnaan dlm majlis yg dirai........................

bru2 ni trbaca dlm blog someone, biasanya kalau kenduri kawin kat malaysia ni, dah la pengantin sampai lambat, dlm kul 12 kul 1, bru smpai, pastu kul 2 kul 3, pengantin dh get out for outdoor photoshooting. sudahnya tetamu/hadirin/penjaya majlis tk smpt pun jumpa pengantin, for wishing and congratulating..

hoi hoi... rugi rugi.... siapa yg rugi? pengantin la rugi... betul, rugiiiiiiiiiiii....

everyone who wishing, congratulating, smiling, praying, helping dan tindakan2 seumpamanya. yg sebenarnya mereka ini sdg sama-sama menadah tangan berdoa utk doa-doa yg kita sendiri pinta. betulllllllllll... walaupun mereka tidak mengaminkan doa-doa you, tp you tau tak? sometime action speak louder than words? sometime action is 'doa' for you, sometime smile just enough for make you happy, sometime keberadaan mereka yg mmbuat you bahagia, sometime pertolongan mereka adalah segalanya, sometime i tk percaya twilight saga series dah habis(hei, tkde kena-mengena)...dn sebenarnya semua 'sometime' ni ialah 'everytime'.. kan? kann? kannn?

jd demi mereka yg merai yg dirai, ketahuilah, jasa kalian tiada terperi, bakti kalian tiada terbalas budi, kasih sayang kalian tiada trbanding pasti...

terima kasih.. Allah saja yg akan mengganjari :)

p/s 1: dulu i was young, when i young, i dont like kena ikat, i said i mahu kebebasan, terikat dgn peraturan sekolah yg plg lemas(konon2, tp i student baik :p ), trikat kebebasan di rumah sometime i cannot go, trikat dgn kebebasan as girl pun i byk complain, trikat dgn anything akan mnjadikn i pening2, but then, when the pengikat and the ikatan give me reason to smile, then why not i smile, smpi ke telinga pun boleh, forever pun boleh, hihihihihihihi..... senyummm (^____________^)

tgok, kena ikat suda... but still not officially 'selamat', jadi elok la kita 'diam-diam', sambil2 aminkan doa-doa mana yg patut di aminkan (^_^)
 
 
 
("Tunjukkan kami jalan yg lurus" al-fatihah:6)
 
 
 
p/s 2: terikat dgn rasa kehambaan kpd Tuhan satu kewajipan, yg ni klu manusia tk rasa, toksah jadi manusia la, dosa terhina, walaupun kita rasa kita bukan yg paling mulia dan bukan yg paling sempurna, tp doa dan usaha kita Allah tk pernah mensia-sia, sayangnya Dia kat kita.......
 
jd terguna pakai la peribahasa 'jadi la seperti padi, makin berisi, makin tunduk ke bumi', 
maka  'jadi la hamba yg mulia, makin bahagia, makin menghamba, kepada Pencipta Bahagia'
 
 
 
 
 
 
moga selamat
moga berkat
 
amin
 
 
 
 
intanhafizah

apabila fitrah bersuara

salam

apabila fitrah bersuara
yg trsembunyi nmpk di mata
yg jelas nmpk nyata

fitrah itu brbagai rupa
fitrah itu brmacam gaya

tp semuanya dari Dia

dari Dia
yg cipta kita

jadi bila fitrah ada dalam diri manusia
maka manusia itu sempurna
kerana ketidaksempurnaan manusia adalah kesempurnaan manusia

itu fitrah yg pertama
bahawa MANUSIA TIDAK SEMPURNA

kerna kita perlu apa2 dn siapa2 utk menyempurna kita
kerna kita perlu berusaha sedaya-upaya utk kehidupan kita
kerna kita berdoa kepada Pencipta Kita
kerna doa itu tanda bahagia

semua fitrah itu indah belaka
kita nmpk apa kurangnya
tp Allah tunjuk kita apa lebihnya
dgn cara Dia yg istimewa

lalu kita juga rasa istimewa
dan bahagia
apabila fitrah di fahami dgn brlapang dada
dgn ketenangan jiwa
dgn cinta Yang Esa

wahai manusia
ada byk rupa fitrah yg nyata
asal ia tidak mnjadi fitnah yg hina
ia adalah fitrah yg mulia

intanhafizah

Thursday, December 13, 2012

begitu la


begitu
rupa-rupanya
rasa
yang luarbiasa

sy mengerti kini

syurga itu ada
bagi yang mencari
bagi yang percaya

syurga itu kita yang cipta
di tengah kepayahan dunia
lagi indah rupanya

mimpi yang ngeri pergi tnpa mmnta diri
mimpi yang indah dtg menghiasi stp hr

bahagia itu lebih pada memberi
jd MEMBERILAH

untuk bahagia.....................


moga ada ruang dn peluang utk memberi
agar bahagia itu sudi
mencipta Syurga di hati..
hati saya, hati anda, hati kita, hati mereka, hati manusia, hati makhluk2Nya..

intanhafizah

Sunday, November 4, 2012

malay wedding

salam
 

klu malay wedding kat malaysia ni lebih2 kurg je, ye. mungkin brbeza dr sudut prbelanjaannya, grandnya, tp dr planning event dia mmg sama kan? majlis sokmonya dimulai dgn kehadiran para tetamu dulu, pastu tgh2 acara org dtg, tiba2 pengantin dtg, ada pengantin yg pegi pelamin dulu, ada yg terus pegi meja mkn, pastu sstgh ada acara potng kek, pastu amik2 gmbr kat pelamin, ngan org2 yg dtg, ngan ahli keluarga, pastu abih la, tdk dilupakan doorgift utk para tetamu jemputan. ha. inilah wedding org2 kita. lebih2 kurang je, yg  mana grand ckit tu, mknn standard hotel five star, pastu ada penyanyi popular dtg, pastu kek diorg besaq cket. nmpk tk perSAMAan ini?

sy ok je.

selama sy pegi wedding2 org ni, first skali pegi cr mknn, pastu klu pengantin tu kenalan rapat, amik2 gmbr dulu, klu dia sedara-mara mmg la duk trcongok kat ctu je smpi ke sudah, jadi no problem. asal perut kenyang sy suka hati.

ini belum cerita soal persediaan dan persiapan, soal nk cari baju pengantin, dulang hantaran, hantaran, mas kawin, photographer, catering, hiasan pelamin, hiasan rumah, doorgift, kad kawin, bab2 ini mmg pening kepala, lagi2 bila ia brtmbung antara adat dan syariat, mau trmuntah sbb dok pikir tk sudah. hei.. sudah2 la meleis.

tapi smlm bila sy pegi malay wedding, ntah la. perasaan tu lain cket, mula2 sy pegi mmg la niat mcm bese, memenuhi jemputan tuan rumah, smbil boleh mengisi perut dgn mknn yg marvellous. then, bila sy smpi, mmg kbtuln mknn2 dia mmg delicious nmpknya, jd, sy pun queue utk mknn smpingn rather nk pegi beratuq utk nasi minyak.

jadi, tgh2 beratur, pengantin smpi, yg pengantin permpuan ni sy mmg prnh kenal sblm ni, jadi sy rasa melihat dia mnjadi pengantin, dlmn sy pun brbisik "cantiknya dia". smbil bwk sejambang bunga kat tangan malu2 senyum nk pegi smbut pengantin lalaki, sy pun brbisik lagi "sweetnya"

hak pengantin ni mmg tk berenti dh senyumnya, almaklum la, hari bahagia...

then, sy realize, meliht pengantin perempuan trsenyum malu2, pngtn lelaki trsenyum segan2, family dua2 belah pihak trsenyum sipu2, jemputan semua trsenyum senang hati, rupanya inilah intipati malay wedding.

yg mahal itu bukan hantaran, catering, baju pengantin, doorgift, pelamin.. TAPI, yang mahal itu senyuman......oleh semua.bukan stkt pengantin jer senyum, tp semua yg hadir la. klu semua org senyum dan trsenyum, baru syok kahwin.

senyuman kan tanda bahagia, jadi dah namanya pun hari bahagia, haruslah di penuhi dgn senyuman, bukan stkt FILL, tapi msti FULL dengan SENYUMAN, then barulah BAHAGIA di HARI BAHAGIA.

disebabkan sy tk kawen lagi, jadi belum ada malay wedding saya lagi, maka, from now onwards, this become my dream malay wedding. FULL with SMILE.



"a great marriage is not when the perfect couple comes together. It is when the imperfect couple learns to enjoy their differences" quoted
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
oh ya, hasil malay wedding smlm, sy discover satu benda baru, bahawa putu mayam sangat SEDAP. dey, putu mayam satu!
 
 
kahwin tu kan sebab nak pergi SYURGA sama-sama (^_^)
 
 
 
 
intanhafizah

Wednesday, October 24, 2012

blissful weekend

salam

this entry have should published on last sunday, but then, this was a hectic week, i was busy, so here, finally published, jadi tolong baca dgn mode last weekend, kena feel weekend, baru feel

Sunday 21st October 2012



"

This was a good weekend, I feel good. Feeling blessed. O Al-Mighty, THANK YOU…

 


Kerana

Doa sy dimakbulkan Tuhan, ada la perkara yg saya doakan utk weekend ini trmakbul, jadi sy SANGAT berSYUKUR.

 




Kerana

Ketika perjalanan pulang dari kedai smlm, sy trserempak dgn org yg bepekerti indah yg melakukan amalan indah yg menyentuh hati sy dgn indah, kerana sy tidak melihat keindahan itu secara luarannya, maka saya cukup tersentuh dgn dalamannya yg indah. Kita rasa mat-mat motor yg slalu keliling kwsn perumahan kita slalu mengganggu kita kan? Kan? Kan?  Petang2 bwk motor ‘preng’ ‘preng’ ‘preng’, satu geng mengganggu traffic, ‘phewit’ ‘phewit’ kat awek2 tepi jalan, sape tk hangin melihat mereka? Dah la masa kita balik keja, tgh penat2 bwk keta, brtmbh penat dan tenat melihat anak muda pewaris generasi kita, yg begitu sikapnya, jadi bila TIBA-TIBA, Allah menunjukkan kasih sayangNya… adalah satu kereta yg mmberhentikan keretanya tiba-tiba d tengah2 jalan, saya naik hairan, rupa2nya ada kucing di jalanan, brdiri tegak di hadapan, pemilik kereta kebingungan, sy juga kebingungan, tiba-tiba, ada mat motor ni brhentikan motornya, beliau masih muda, masih sekolah lagi sy kira, dn beliau dgn pntasnya mendukung si comel kucing itu ke tepian jalanan, jalanan yg ke’traffic’an tadi kembali bertenang, gara-gara pemuda yg kita rasa tenat, maka sy hati saya kembali berbunga, YAKIN,adanya pewaris kita, yg bepekerti mulia, harapan sy kembali berbunga. :’)

 





Kerana

Sy ke pasar paginya, ada banyak ‘scene’ yg menyentuh hati. Melangkah je ke permulaan prjalanan Pasar, sy melihat satu pasangan tua ala-ala citer kartun Up, diorg bru habis membeli brg2 dapur, ntah apa yg di borakkan, sdg2 brborak, mereka trpandang each other, and smile………………………. Wah, was a great feeling looking to that couple, trasa bahagia meresap ke setiap urat nadi, tu lah yg dikatakan bercinta sampai tua, bercinta sampai syurga, sangat idola tau…… uuuuuu… :’)

 







kerana

Di pasar yg sama, tgh2 menolak troli, dihadapan sy, ada seorg pemuda melayu terakhir, memimpin tangan ibunya yg tua, slow2 bwk mak dia pilih lauk, cakap elok2 “mak nak tu?, mak nak ni?”… sy trsentuh lagi. :’)

 

 



kerana

Dan td di pasaraya, trnmpak nenek yg jual pisang kat pasar, dipimpin atau memimpin(ntah tk tau) cucunya yg ‘istimewa’ syndrome down rasanya, dh besar pun cucunya, lagi dewasa dr sy, cucu istimewa senyum je memanjang kat nenek yg tua,nenek pun senyum je melayan cucu istimewa, mereka juga brpimpin tangan, ntah kenapa sy bahagia :’)

 







kerana
 
Dan bila sy kekusutan, lalu sy melihat langit, matahari malu2 brsembunyi belakang awan, tapi masih memancarkan biasan sinarnya, dan rasanya melihat langit saat itu, mcm melihat diamond yg berselerakan, trpancar-pancar sinarnya trus trpancar ke dalam hati, SAYA SANGAT BAHAGIA.

 
 
 
 
 

TERIMA KASIH CINTA.

TERIMA KASIH YA ALLAH.

Tidaklah Engkau jadikan ini dengan sia-sia, maka jauhkan kami dari azab api neraka.




saya yang bahagia
intanhafizah

Saturday, October 20, 2012

trust

A little girl and her father were crossing a bridge.


The father was kind of scared so he asked his little daughter:

"Sweetheart, please hold my hand so that you don't fall into the river."
The little girl said:

"No, Dad. You hold my hand."

"What's the difference?" Asked the puzzled father.



"There's a big difference," replied the little girl.

"If I hold your hand and something happens to me, chances are that I may let your hand go. But if you hold my hand, I know for sure that no matter what happens, you will never let my hand go."



The essence of trust is not in its bind, but in its bond.
So hold the hand of the person whom you love rather than expecting them to hold yours.

Friday, October 19, 2012

macamana?

macamana

nak mengadakan hati yang tiada?



macamana

nak mentiadakan hati yang ada?




macamana?
macamana?
macamana?

berpura-pura bukan saya
berterus-terang juga bukan saya

lalu siapa saya?
macamana menjadi saya?

macamana?

Saturday, October 13, 2012

bekerjasama

perasan tak?

satu budaya dalam bangsa kita yg dh jadi duri dlm dging. satu pihak bg arahan, satu pihak terima arahan, yg terima arhn buat la arhn, di tgh2 pelaksanaan, ada kepincangan, maka pihak yg bg arhn pun bncg sesama mereka mncari jalan penyelesaian bersama TANPA penglibatan pihak yg terima arahan, bila berlaku kepincangan demi kepincangan, salah sana salah sini, mula lah budaya salah menyalahkan, yg terima arahan menyalahkn yg mmberi arhan, konon nk tk reti mmbuat perancangan, yg beri arahan pun nk nyalahkan yg terima arahan, konon tk reti melaksanakn,

saya penat

dimana kerjasama kita?


wanita itu saya


assalam



saya wanita, wanita biasa saja, takde apa yg istimewa, tapi sy gembira, dan bahagia, kerana sy ciptaan Dia, yg mencintai saya, seadanya saya, secara luar biasa, dan secara sempurna...






dulu,

saya trtanya-tanya, apa kurangnya wanita, apa halangan wanita, ke sana  ke sini harus brtanya, keluar rumah harus menutup segala, dalam rumah harus menjaga semua, di mana-mana harus brlembut tk semena, ke 
masjid  ke pasar ke bandar ke kampung ke sekolah asyik bimbang dengan fitnah takut2 melanda..






sehingga dalam ibadat juga ada halangannya...

setiap bulan ada 'cuti' dari solat dan puasa, hatta qur'an tidak boleh dipegang apalagi dibaca,
berzikir-zikir sahaja....






malahan dalam keluarga juga nampak kurangnya,

prbezaannya nampak ketara, bila anak lelaki yg menjengah ke dunia, sekampung rasa bangga, dicanang-canang sebagai waris keluarga, hairan bila anak gadis pula yg menjengah ke dunia, mungkin syukur itu ada, tapi jelas ada kekurangan pada senyuman mereka, pada kata-kata mereka, pada perhatian mereka dan pada kasih sayang mereka. tapi mereka lupa, jasa rahim siapa yang melahirkan mereka...







apalagi dlm masyarakat amnya,

bila kami brmasyarakah di zaman muda remaja, lihat saja siapa yg brsuara, apabila wanita yang bersuara dan apabila lelaki yang bersuara, walaupun isinya sama, tapi impaknya berbeza...









lebih-lebih lagi pada pandangan si rakus nafsu serakah semuanya,

mmg jelas kehinaannya, bukan apa yg dilihat melalui nafsunya yang hina, tetapi yg melihat dengan nafsu itulah yg hina, jgn menyalahkan agama, dikatanya itu semua fitrah manusia, tp bukankah agama sudah menunjuk jalan penyelesaiannya, jadi jgn buat alasan wahai si penipu durjana








lalu saya tertanya-tanya, bila emosi yg brbicara, nmpk lah segala kekurangannya,  tapi bila hati dan akal bersatu membincangkannya, maka, jelaslah keistimewaannya...


mungkin wanita ini manusia kelas kedua, pada pndgn manusia seluruhnya, wanita bukan lah pewaris harta, bukan juga pewaris nama keluarga, lalu, bila kita mencari dimana istimewanya wanita melalui pandangan manusia, mungkin kita tak kan jumpa, mungkin juga akan kecewa..







justeru, 
saya menamatkan sahaja, 
pencarian saya, 
mencari harga wanita, 
melalui pandangan manusia...






sy kembali kepada 
yang mencipta saya
yang mencipta wanita semuanya
yang mencintai saya
yang mencintai wanita semuanya
yang menyempurnakan saya
yang menyempurnakan wanita semuanya





dan saya tenang dgn fitrahnya wanita, yg penuh dgn cinta, yg istimewa, 

kdg2 Dia mmberikan kita 'cuti' dr solat dn puasa utk memberikan kita ruang utk rindu pada Dia, kerna Dia juga rindu pada kita, 

Dia mnjadikan kita lembut supaya manusia yg kita sayangi tenang dgn kita, sptmana kita tenang slalu dgn Dia, 

dan apabila manusia mghinakan kita dgn nafsu mereka, mrekalah yg sebenarnya hina, mereka menghina dan terhina, tidakkah mereka mmbaca surat cinta Dia? penuh bukti cinta Dia pada kita, dan apabila mereka mencintai kita, kan ada jalannya? 

mmg kita bukan pewaris harta dan nama keluarga, sbb Dia tk nk bebankan kita, dgn dunia yg sementara, malahan Dia nak bagi tugas yg lebih utama, mnjadi akar keluarga, mewujudkn cinta dalam keluarga, dan menyatukan cinta keluarga kita di syurgaNya




melalui Dia,
ada saya
ada Dia
ada cinta
Dia sempurna
dan saya tidak kecewa
terasa bahagia
terasa istimewa
terasa sempurna






wanita itu saya
wanita itu kita


intanhafizah

ruang

salam

weekend dtg lagi, means masa utk blogging....

another 2 weeks for hari raya korban, and this year, sy masuk bhgn korban for the very first time, sy brdebar-debar ni, ye ah, ibadah korban ni brkait-rapat dgn IKHLAS, sy bimbang tk cukup IKHLAS, susah tau nk IKHLAS, camne ye?

emmmmm......

tp tkpe la, ikhlas tu sbnrnya kena usaha, yg berterusan, jd mari kita usaha, utk IKHLAS, klu bukn hari ini, moga2 brjumpalah keIKHLASan satu hari nnt, keIKHLASan dlm mencintai Tuhan lebih dari apapun.. diulangi LEBIH DARI APAPUN...

dan sy kira, semua org ada ruang, ruang utk diri, ruang utk hati, klu dlm bhs omputihnya "comfort zone"..

org kata hati ni mcm lautan yg dalam, dkt dasar dia, penuh rahsia trsimpan, dan sy kira betul la tu weh. hati kita mmg byk rahsia, dan Allah je yg taunye..

jadi itulah yg sy kata sbg ruang, sy kira hati ni ruang rahsia kita ngan Allah, dgn Allah je.......

(^_^)

Sunday, October 7, 2012

mengenaliMu ya Allah

ini sajak terbest dari IKIM.fm.

kerna sungguh semakin mengenaliMu ya Allah, aku semakin rindu..



MengenaliMu Ya Allah,
rasanya makin merindu..
yakin itu sudah tidak pernah aku tanyakan pada diriku,
kepada kalbuku..
kerana sejak aku tahu mengenal kehidupan,
ketika masih belum mengaji mukaddam dan al Quran,
aku sudah diberi kenal,
ada bintang..
ada bulan..
ada matahari..
dan ada awan...
ada yang menjadikan.

begitu aku terasa tanpa bertanya,
aku ingin makna mendalam,
sudah kuterima kenyataan bahawa alam jagat
dan seluruh mahluk ini..
ada yang menjadikan,
ciptaanMu Tuhan Maha Pengasih Maha Penyayang..

berulang ulang dalam hidupku diberi nafas,
berterusan menghayati nikmat,
makan minum dan tidur berehat,
maka dadaku penuh mengingati,
namaMu sentiasa dibibirku,
dan degup jantungku,
sentiasa mengingatiMu,
adalah tandaku dalam ingatanMu,
maka apabila aku diberi hayat,
di alam jagatMu,
bergerak berkerja,
mencari makan dan
bergaul dengan insan insan dan umatMu,
menjadi sebutan degup hatiku..

dan apa dan bagaimana..
dan dimana aku berada..
aku sentiasa dikurniai inayahMu Ya Allah,
maka aku sentiasa mengingatiMu..

maka dalam bersorak,
bergerak dan berteriak,
untuk apa..
untuk bagaimana..
aku tiba tiba saja,
seperti digerak oleh suatu kuasa,
menyentuh dalam kalbuku,
maka aku jadi terkelu,
mati teriak sorakku,
kerana nafasku,
terasa tinggal satu satu..
maka tahu aku Ya Allah,
lonjak dan sorak,
gelak dan teriak,
bisa sekali lenyap,
dalam satu helaan nafas,
ketika dalam kealpaan,
menghayati dalam kefanaan..













bantu aku mencintaiMu ya Allah
intanhafizah

berkat selawat..

salam

fadilat selawat telah byk diperkatakan oleh ilmuwan2 islam sejak dulu, malah atok nenek ayah mak adik beradik kaan-kawan jiran-jiran semua telah berulang-ulang menyatakan lagi dan lagi, malahan yg pling penting al-qur'an dan hadis juga secara jelas menyatakan kelebihan selawat.

tapi kali ni, sy nk kongsikan dr sudut pengalaman sy sendiri.......

aritu, ada member sejawat hilang kunci kereta. sy pun dok kalut jugak la taim tu, sbb sy sgt paham kegelisahan hilang kunci kereta, gabra doh, jd sy pun bersungguh-sungguh cari, kesian sgt tgok dia duk susah hati hilang kunci kereta..

cari dok cari, tak jumpa...

cari dok cari, tak jumpa...

cari dok cari, tak jumpa...

cari dok cari, tak jumpa...

cari dok cari, tak jumpa...

semua org pun dh almost give up, hmpr semua org duk tolong cari jugak.
pastu sy kata kat dia, "akak, mak sy kata klu barang ilang, kena selawat byk2, nnt insyaAllah jumpa"
lalu, sy pun smbung mncari dgn fasa brselawat pula, lama sy selawat, selawat dan selawat.

dan akhirnya, Allah bukak hijab sy, sy jumpa...

kunci tu dijumpai kat tempat yg semua org dh pegi cari, tp tk siapa nmpk, padahal terang lagi nyata, kunci tu jelas-jelas kat tmpt trbuka,sengaja Allah menghijabinya drpd pandangan manusia.








kes yg sama brlaku ari ni, spek mata sy ilang, sokmo je ilang, tp kali ni luar biasa ilang,sbb mmg abis semua sudut rumah digeledah, tp tk jumpa, jadi selawat punya selawat, akhirnya dijumpai kat bawah lipatan selimut dan baju2, Ya Allah, mujurnya... mungkin saja patah dan hilang terus. tapi kuasa Allah dan berkatnya selawat..





untuk kelupaan juga, ini sokmo, mmg brkesan, klu trlupa apa2, selawat la, selawat la, selawat la, insyaAllah, brkesan sgt sgt sgt sgt....





juga utk sakit2, klu rasa sakit kat mana-mana, hembus je selawat2 tu kat situ, insyaAllah ada kurangnya, tk percaya? cuba dulu.....PASTI BERJAYA.






pelembut hati, boleh la dihembuskan kpd hati2 yg degil, jiwa2 yg resh, samada hembus terus ke orgnya, atau melalui perantaraan doa, atau melalui masakan (^_^)v




doa, boleh la dihembuskan pada air minuman, atau air mandian, betul.......

































ok. itu saja nk kongsi utk hari ni, yg ni semua pengalaman sendiri.... selawatlah kamu sekali, Allah mmbalasnya 10 kali....



bukti cinta Ilahi..

Saturday, October 6, 2012

berita

salam

baru-baru ni, sy dikejutkn dgn berita kematian yg brderet-deret dan brturut-turut.... "cukuplah mati sbg peringatan" itulah yg diperkatakan kan? and i guess it was so right.

berita-berita ini cukup menggetarkan hati sy, yelah, sy ni byk dosa.saya manusia biasa ..nt klu malaikat izrail dtg mnjemput nyawa, ntah bila-bila, tkut tk cukup bersedia.. dush2.

tp kat cni harus sy coretkan kisah2 kematian yg pling mengetuk pintu hati sy. utk peringatan diri sendiri la ni.

satu...

8 tahun lepas, pemergian senior sy, senior sklh, alkisahnya, beliau tk pernah pun sy lihat wajahnya, apatah lagi brbual-bual dgnnya. jd mmg sy tk kenal la ngan dia ni,cuma sekali-sekala ada dtg skolah bg ceramah, ke bg tazkirah ke, tp dr jauh je la, mmg tk penah tgok muka, cm dgr suara je, dia ni ada adik, adik dia ni la sebaya sy...

jadi nk dijadikan cerita, kemalangan brlaku masa SPM, masa tu SPM separuhnya sblm raya, separuh lg slps raya, dn senior ni nk jmput la adik dia kat sekolah, utk balik beraya kejap, jadi bila sy dh tau dia accident tu, sy brbisik ke dalam hati, "Ya Allah, dia ni org muda yg ikhlas, jrg2 ada org muda seikhlas dia, ikhlas dlm perjuangan agama, dn ajakan n peringatan dia selalunya trkesan dlm sanubari dn jiwa, jd Ya Allah, slmtkan dia, dunia ini perlukan dia" ....

dan ntah kenapa, sy ni trus menerus confident bhw dia pasti selamat, confident sgt, walopon dok dgr2 dh khabar2 kurg menggembirakan, masuk ICU, pndh hospitl, and so on, tp sy confident, sgt confident, confident dgn keperluan dunia, mmg dunia mmrlukan org muda seikhlas dia, bak katanya Hassan al-Banna.
brbanding sy, jauh brbeza, mgkn saja dunia tidak perlukan sy, klu sy 'pergi' meningglkn dunia, mgkn tiada kesan pada sesiapa dan apa2. tp dia berbeza.


tiba-tiba..


dpt khabar brita, senior sy ni pergi meninggalkan dunia...



.........



sy blank utk seketika. tak sangka. tk sangka. tk sangka. kenapa saya? kenapa sy  trlalu confident? bukan ke tlh di ajar dlm syllabus skolah, antara intipati rukun iman tu, "percaya kpd qada' dan qadar". oo..rupanya slama ni semua tu sy tahu jer, tp masa tu bru sy mmahami. erti sbnr qada' dan qadar.

dan saat itu, air mata sy tk brhenti dh, ntah la sy pun tk paham kenapa, padahal sy bukan kenal pun dia, jd disebbkan sy ni dok nangis nangis nangis, mak sy suruh sy pegi solat, sy pun menurut, dn ketika solat, tiba-tiba trbyg-trbyg, sy mcm trnmpk seekor burung, sdg trbang menaik ke langit, laju dia trbang, laju sgt, sy pun pelik, awat ni?

sy wktu tu tk ambik pot sgt, tgh layan sedih di hati yg sy juga tk mengerti. lama sy tanya pd diri, 'intan, ko bukan kenal pun arwah, muka pon ko tk cam, stkt penah dgr suara, tu pun sekali dua,kenapa sedih tk hingt ni?

dn begitulah masa brlalu, shingga pada suatu masa, sy trbaca satu artikel tazkirah, brkenaan kematian, dan cara-cara roh-roh menemui Tuhan, yg lain sy tk ingt tp sy ingt satu baris ayat ni lebih kurang"org yg syahid menemui Tuhannya spt burung trbang ke langit"

zaas.. serta-merta sy tringt senior sy, ntah la bygn sy je ke atau begitu caranya si dia menemui Tuhannya.

walaubagaimanapun, 'pemergian' dia tlah mg'hadir'kan hati sy, sptmana dia juga mg'hadir'kan hati sy ketika hidupnya. tulah, klu org baik. hidupnya brjasa, perginya juga berjasa. dan dia mmg definately BAIK. Allah yg tunjuk dan bgtau kat sy. terima kasih ya Allah, cucurilah rahmatMu keatas si syahid ini.








dua

baru-baru ni, kwn kpd kwn sy meninggal jugak, semasa hidupnya, sy dh brhajat nk pegi ziarah, tup tup, sy tk smpt, Allah tk izinkan, jd, bila sy dgr berita pemergian dia, sy smbung la hajat sy nk ziarah tu, tk smpt masa hidupnya, moga-moga smpt la masa matinya. walaupn juga sy tk kenal.

jd sy ajak kwn sy ni pegi, arwah ni muda lagi, 23 tahun umurnya, lebih2 kurang sebaya sy je, dn sy juga trkejut dgr perkhabarannya.

dan sepanjang proses pengurusan jenazah brlaku, sy ni sayu sgt, sy pun tk paham, utk seseorg yg sy tidak kenal juga, air mata sy beria-ia nk kluar, tp sy tk bg, sbb yg kehilangan kwn tu, kwn sy, melihat dia berair mata, haruslah sy tabah utk dia, tahan air mata sy demi air mata dia.


tapi mmg sayu sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat..

dn bila semua dh selesai, kwn sy pun cerita, rupa-rupanya arwah jenis org yg tk penah tinggal solat malam (tahajjud), tk penah mengeluh dgn susahnya hidup, tk penah brkira bila brkerja utk agama, masa/tenaga/harta,semuanya demi agama, bila tkde duit, dia relax jer kata "bukan tkde duit, tp kurg duit"

dia baik kan?




tgok.. org2 yg baik.
hidup di dunia buat baik.
pergi cara baik.
meninggalkan yg trbaik.
kami pun rs nk jadi baik.
kami pun nk pegi cara baik.
boleh ye Allah yg Maha Baik.

dn hati sy tk berat nk sedekahkan fatihah dn yasin utk mereka, org2 baik....

al-fatihah

oktober 2012

salam.

apa kabar blog, lama tk jumpa... skrg pukul 2.03 pagi, laptop ni yg tunjuk. kebetulan sy trjaga dr tido, kebetulan konon2 nk wat keje, kebetulan teronline, kebetulan terupdate blog, eleh intan oi, sudahla...

tp i feel okay, klu tgh2 mlm buta gini,mmg feel menulis menjengah tiba2, ntah la, tk paham jugak ngan mood ini.. tp nk tulis apa ye? emmmmmmmmmmmmmmmm..... apa2 je.




pertama.

sape tgok citer Adam dan Hawa?
sy tgok. jd sy nk mntk mf kpd peminat2 citer Adam dan Hawa. kerna sesungguhnya makin lama tgok makin sy tk suka. bukan apa. geram dgn Adam Mukhriz tu, apa yg dia expect dr Ain Hawani tu? why you treat her like she is a mind reader? hey!!!!! perempuan bukan mind reader. tk paham klau tk dipahamkan. dlm citer tu, tkde sape bgtau Ain Hawani citer sbnrnya. apa status dia. apa status adam. bagaimana keadaan mereka. TAKDE SAPE. hangin btul. klu la sy ni Ain Hawani pun, mesti rasa nk marah jugak.

adeh, emosi pulak mlm2 ni. sori.





kedua

semenjak dua menjak ni, hati sy ni sokmo kecelaruan, bila dipahamkan, rupanya kerinduan, kpd shbt dan teman, Ya Allah ya Tuhan, lindungi teman dlm keredhaan, syngi shbt dgn kecintaan, biar sy ketiadaan, hadiahkan shbt ketenangan, walau seorg walau brteman, walau shbt tidak ketahuan, tolonglah Tuhan.







ketiga

sbnrnya intanhafizah ni kata td tgh wat keje kan? jadi dgn segala hormtnya, diminta mengundurkan diri dr blogging, hoi hoi, tolonglah sedar diri.




intanhafizah

Friday, August 31, 2012

doa kita..

Ya Allah,
Kadang-kadang terasa belaian cintaMu,
Bersama kurnia sekalung hidayah,
Tapi kadang-kadang terasa bahang murkaMu,
Seiring patahnya sebuah mujahadah kami..

Ya Allah,
Walau apa pun kami masih terus di sini,
Mengemis di tepian janjiMu yang pasti,
Di sini kami masih mendamba cinta,
Kerna yakin cintaMu tak pernah sirna,
selama-lamanya..
buat kami...

Kau dekat terlalu
tanpa senyum
tanpa suara
namun cintaMu ketara jua
dalam doa
kami..........

Monday, August 27, 2012

don't wait

12 kata “JANGAN MENUNGGU” yang perlu dihindari:

1. Jangan menunggu bahagia baru tersenyum, tapi tersenyumlah, maka kamu akan bahagia.

2. Jangan menunggu kaya baru bersedekah, tapi bersedekahlah, maka kamu semakin kaya.


3. Jangan menunggu termotivasi baru bergerak, tapi bergeraklah, maka kamu akan termotivasi.

4. Jangan menunggu dipedulikan orang baru kamu peduli, tapi pedulilah dengan orang la
in! Maka kamu akan dipedulikan.

5. Jangan menunggu orang memahami kamu baru kamu memahami dia, tapi pahamilah orang itu, maka orang itu paham dengan kamu.

6. Jangan menunggu terinspirasi baru menulis, tapi menulislah, maka inspirasi akan hadir dalam tulisanmu.

7. Jangan menunggu proyek baru bekerja, tapi bekerjalah, maka proyek akan menunggumu.

8. Jangan menunggu dicintai baru mencintai, tapi belajarlah mencintai, maka kamu akan dicintai.

9. Jangan menunggu banyak uang baru hidup tenang, tapi hiduplah dengan tenang. Percayalah bukan sekadar uang yang datang tapi juga rejeki yang lainnya.

10. Jangan menunggu contoh baru bergerak mengikuti, tapi bergeraklah, maka kamu akan menjadi contoh yang diikuti.

11. Jangan menunggu sukses baru bersyukur, tapi bersyukurlah, maka bertambah kesuksesanmu.

12. Jangan menunggu bisa baru melakukan, tapi lakukanlah! Maka kamu pasti bisa!

remarkable 25

assalam

back few days was my birthday, i am 25 now. what should i feel? aku keliru... eceh. tolongla.

so now, i would like to do my 'kesyukuran' list. as i should do every day, every moment instead..

1) ku tau ku ada Mu Tuhan.. mereka kata 'bila kita takde apa2 tapi kita ada Tuhan, maka kita dah ada semuanya.. SEMUA!!!' tau! syukur padaMu Tuhan.. 25 tahun hasil tarbiyahMu, hasil nikmatMu, akulah aku, bantu aku mencintaiMu Tuhan.... kerna sungguh, aku cintaMu Tuhan.

2) thanks to Nabi Muhammad s.a.w. my lover. he loves me all his heart, before he leaves this world, he said, ummati..ummati..ummati.. and i am his ummat.. and so i love him too. and thankful to be his ummat.

3) syukur ada mama-abah. dua manusia ini menduduki carta hati yang paling atas. kerna sy mengenal cinta melalui mereka, mereka mncintai sy sblum sy tiba ke dunia, dan bila sy tiba, mereka setia di samping sy,,, sy perlu sebab utk mncintai mereka????????????

4) family yg happening. all this guys always made my days. mereka brmacam rupa, brmacam sifat, brmacam gaya, kadang buat sy pening kepala, kadang buat sy marah menyala, kadang buat sy tertawa tk ingat dunia, tp selalu dan selalu membuat sy bahagia. L.O.V.E.

5) guru2 yg brjasa. now i understand, why we should respect our teachers. because teachers always want the best for you. selama masih hidup pahala guru mengalir tau.

6) FRIENDS. my precious friends. all they way, they have been there, being a star at my night, being clouds at my day. now they here, in my du'a, in my heart, Ya Allah, grant them with your love..

7) neighbours. we family you know.

8) teamwork. kita bersatu kerna kita menyatu di tempat yg satu dgn hasrat yg satu.

9) me. just me. thanks dear me, for being me. love me.

intanhafizah

Saturday, August 18, 2012

test

Every test in our life makes us bitter or better, every problem comes to break us or make us. The choice is ours whether we become victim or victor

Friday, August 17, 2012

hak kita

hak manusia itu meminta
hak Allah itu memberi

kalau Allah tak beri apa yg kita minta,
jangan komplen,
bukan hak kita,

kerana kita meminta dgn kemahuan kpd dunia,
sedangkan Allah memberi dgn cinta kpd makhlukNya.

quote 1

~ Sahabat yang baik itu apabila engkau bersamanya, engkau merasa senang.. Apabila engkau berdampingan dengannya engkau merasa tenang.. Kata-katanya penuh dengan ingatan kepada Tuhan... 

Dan apabila engkau jauh daripadanya, tetap dirimu sentiasa dalam ingatan doanya.. Beruntungnya menjadi sahabatnya dan berusahalah menjadi sahabat sepertinya.

Thursday, August 16, 2012

aidilfitri 2012

salam..

alahai belog,
sy slalu sbnrnya menjenguk ke sini, tp semua entri tk dpt nk pos, semuanya jadik draft sajer, mana tknya, semua entri tk siap, samada ketiduran, atau keletihan, atau kesibukan, atau kelupaan. apa2 saja.

ramadhan hmpir pergi, oh ramadhan, would you stay a bit longer? plisssssssss...

wahai ramdhan yang penuh barokah,
saya suka bila kamu datang,
hati saya jadi tenang.
kalau umur saya panjang,
saya akan bahagia lagi bila kamu datang,

(^_^)

aidilfitri bakal menyusul, which we should celebrate with a big smile too. dan semoga dengan kehadiran aidilfitri ini, kita akan menyambutnya dalam keadaan fitrah (clean & clear). bebaskan diri anda dari kelumumur.bebaskan diri anda dari dosa. yup!

semua org ada bj raya? sbnrnya tkde pun tkpe, tp saya dh ada, mama sponsor, klu idok, dok kisohnye, i'm a big big girl in a big big world, it's not a big big thing..

ramadhan dan aidilfitri kali ini sy smbut dgn rasa bahagia, eceh, bukan apa, rupanya bahagia itu mana boleh ditunggu, apalagi dikenang, tapi kita yg kena cipta dan rasa, kerna bahagia itu sbnrnya mmg ada, cuma kdg2 kita je mengada-ngada, konon2 tk prnh bahagia, padahal bertebaran bahagia diatas dunia, Allah lah yg bagi kat kita, kita ni yg pelupa sgt.

baru2 ni kwn sy citer, ada mmber dia citer kat dia, dia pelik ngape idop dia tk segah org lain, good education, good career, good life, dia serba-serbi not good (kata dia), smpi rasa nk marah kat Tuhan (kata dia), HAMBOI !!!, nk kena sekeh? cuba pegi duduk kat rohingya tu, takpun somalia, pegi pegi, baru tau makna syukur.

tu lah,sesetengah kita tk fokus dgn apa yg kita ada, asyik nmpk hak tkdek ajer, tu lah dia kufur nikmat namanya. ok lah ini peringatan utk diri sendiri jugak, yes i'm not perfect, but you know what, nobody perfect, nobody! bila dh namanya manusia, maka fitrahnya TIDAK SEMPURNA. can you just bear with it, and go on. life has no shortcut anyway.

hei..!!

Tuesday, July 3, 2012

takdir

salam

semalam rakan2 sejawat sy brbicara soal tkdir dan pilihan. mereka brbeza pndapat. masing2 ada pndapat sendiri. saya juga ada.cuma bezanya sy tidak brsuara. sy memilih utk brdiam sahaja. itu lebih baik rasanya. takdir itu ketentuan Allah, sape yg bisa menyangkal? tiada kan?

isunya mudah. "seorg wanita ingin brkahwin dgn suami org"... dia kata ini tkdir, mereka ditakdirkan brsama, tidak berdaya melawan tkdir katanya, tp org2 di sekeliling nya kata ini pilihan, bukankah manusia itu ada hak memilih? maka timbullah persoalan "pilihan takdir? vs takdir yg dipilih?"

sy kira itu bukan takdir mahupun pilihan, tapi itu ALASAN. alasan utk yg mengalami, alasan utk yg memerhati..

to all people,
don't play with "takdir" word. it cost you everything, here and after. it doesn't belong to anyone but Allah. be careful be safe.

fikir2kan dan selamat beramal.

Wednesday, June 20, 2012

entah

salam

entah la nk letak tajuk apa kat atas ni..

apa kabar semua? kawan2, sedara-mara2, teman2, kenalan2 ?.... moga kalian baik2 saja.. demi Allah, saya rindu. T_T

sy skrg baik2 ajer, sdg brusaha menempuh fasa dewasa ini, tidak mudah sbnrnya, sy org baru, baru dlm kehidupn ini sy kira, kerna sy melihat dunia ini dgn pndgn yg sedikit brbeza drpd zaman muda remajah dulu, maka timbul byk pemahaman baru yg timbul, jd sy org baru. baru mengenal dunia.

entah la. tk paham.

entah

Wednesday, April 4, 2012

hari ini

salam

did you ever believe? and at time you didn't believe what happened? you lose YOU? exactly.. it happened all the time. just admit it. but amazingly, a person can go through again and again, and still unchanged. hurm...

that's not a point...btw.

i realized something today that i would like to write and share here....

first. it was hard to keep it all inside, but still when it burst, it become harder. why? because when they were all inside, they all yours, but when they out, it remains in some people's brain. that will burn all............

second, kids are cute and pure as angel(you can say that). but they are human. naturally, inside them are two part apart. goodness and darkness. we have all that indeed. so when the kids showing you the darkness side, let reminds ourselves, that they are our RESPONSIBILITY to make a way to goodness forever and shut the darkness door forever. and for that, don't give up!

third, if being hypocrite is accepted, what the price of being honest ? tell me.

fourth, world is beautiful place to live. it is fact. so don't let anyone/anything make you think differently.

five, here come another hectic moments. so what the _ _ _ _ intanhafizah is doing here????

ok.bye.

~And He found (you) lost, so He guide (you)~  Ad-Dhuha :7

intanhafizah

Sunday, April 1, 2012

Things

salam

there are things that might confusing when it so clear like a crystal clear. but the hardest part is the things was stucked between lies and truth. will and never. one line that being a line changed everything. almost fall??? nope. always fall ??? yess.. but then, it was well said by someone "it's okay to falling over and over again, but it's not okay to not rising back EVERYTIME you falling"

yes. it was well said. but still it is not well done. why it was hard doing easy?

i don't get it. i just don't get it. 

Saturday, March 31, 2012

sometimes


Sometimes all you can give is love
Sometimes all you have is not enough

Sometimes life is like a dream
Sometimes dreams aren’t what they seem

Sometimes laughter can heal your heart
Sometimes it’s laughter that breaks it apart

Sometimes the world goes faster than you can go
Sometimes even fast is still too slow

Sometimes going home is the only thing on your mind
Sometimes home is the only place you can’t find

Sometimes you are too tired to sleep
Sometimes you are too sad to weep

Sometimes freedom holds you back
Sometimes a wedding dress is black

Sometimes loneliness is what you need
Sometimes there’s a harvest without a seed

Sometimes darkness can be too bright
Sometimes rain gives you delight

Sometimes you think you understand
Sometimes you know you really can’t

Sometimes what sets you free are restrictions
Sometimes what makes most sense are contradictions


intanhafizah

Tuesday, March 20, 2012

hari-hari

salam



hari ni update lagik, hari2 update blog skrg, kemain lagi, aktif ngat online nmpk, ah, tidak la, ini kerana sy sdg mnggunakan intrnt menyiapkn segala krja trbengkalai, mggunakn wifi yg di bayar oleh ibubapa, anak bapak la katakan sy ni.. smbil2 la katakan, penat bekerja ambil masa brht dgn facebook lama cket.kononnya. tapi seriously, i got millions in the head waiting to burst, not to mention,but waiting to burst in the heart too..




sjk keblkgn ini ntah kenpa, lot of things datang tiba2 menjengah dn mengetuk pintu hati, dgn kata lennya, sy sensitif skrg. sgt snsitif.. smallest thing can make me laugh out loud and also smallest things also can make tears keep flowing over and over. also smallest things can make me termenung panjang ntah kenapa tk paham...




why?




adakah fizikal dlm bdn sy sdg berubah? mgkin trdapat perubahan hormon dn sbginya, tapi wajarkah sy menyalahkan body sy??? semestinya sy akui, bukan salah body, tp salah hati.





hati sy tidak cukup kuat brdepan kenyataan dunia baru hari ini maupun kenangan dunia hari semalam. sy akui itu..





ahhhhh! awat emosi tgh2 malam ni, dah sambung wat kejer...





cumanya sebelum sy so-called offline, sy nk kongsi this one thing yg mncuit hati sy td,





ada perbualan antara Dewasa dan Kanak-kanak



Dewasa: bla bla bla bla bla(cerita pasal hari kiamat) (dan terselit la citer pasal padang mahsyar) (tgh2 syok citer............)

kanak-kanak: (dia tanya) padang mahsyar besar tk?

Dewasa: mestilah besar. nnt kat situ semua manusia dikumpulkan, SEMUA...!!! mestilah besar

kanak-kanak: oooooo.. klu gitu leh la main bola.

Dewasa: .......................



(dan gelak tak semena)(dn cuba mnjelaskn dgn sebaiknya)


wish every kids around me rite now are full-filled with qur'an and barokah. becoz somehow they shine my life in every possible way that can be. i love them all. i'm truly indeed.






oh ya, dn juga td sy dan geng berbalah dgn another geng. mulanya, sy tk interested ngat nk interrupt, but things get hotter and hotter, then i cut in and start berbalah bersama. the issue is poligami... is not a thing, but the way they expressed their opinion burn me in the fire. argh! but now i regret it, i should not get involved, coz some how it brings us to nothing. nothing and nothing. stop.



intanhafizah

Monday, March 19, 2012

Apa di sebalik pintu itu?

Apa di sebalik pintu itu?


Ada seorang wanita yang dikenal taat beribadah.
Dia juga menjalankan ibadah sunnah. Hanya satu kekurangannya,
dia tidak mau berjilbab. Menutup auratnya. Setiap kali ditanya
dia hanya tersenyum dan menjawab,
"Insya Allah yang penting hati dulu yang berjilbab."

Sudah banyak orang menanyakan mau pun menasihatinya.
Tapi jawapannya tetap sama.

Hingga di suatu malam, dia bermimpi sedang di sebuah
taman yang sangat indah.
Rumputnya sangat hijau, berbagai macam bunga bermekaran.
Dia bahkan bisa merasakan segarnya udara dan wanginya bunga.
Sebuah sungai yang sangat jernih hingga dasarnya kelihatan,
melintas di pinggir taman. Semilir angin pun dia rasakan
di sela-sela jarinya.

Ia tak sendiri.
Ada beberapa wanita di situ yang terlihat juga menikmati
keindahan taman. Dia pun menghampiri salah satu wanita.
Wajahnya sangat bersih seakan-akan memancarkan cahaya yang sangat lembut.

"Assalamu'alaikum, saudariku...."

"Wa'alaikum salam. Selamat datang saudariku."

"Terima kasih. Apakah ini syurga?"

Wanita itu tersenyum,
"Tentu saja bukan, saudariku. Ini hanyalah tempat
menunggu sebelum ke surga."

"Benarkah? Tak bisa kubayangkan seperti apa indahnya syurga jika
tempat menunggunya saja sudah seindah ini."

Wanita itu tersenyum lagi,
"Amalan apa yang bisa membuatmu kemari, saudariku?"

"Aku selalu menjaga waktu shalat dan aku menambahnya
dengan ibadah sunnah."

"Alhamdulillah.."

Tiba-tiba jauh di ujung taman dia melihat sebuah pintu
yang sangat indah. Pintu itu terbuka.
Dan dia melihat beberapa wanita yang berada di Taman
mulai memasukinya satu-persatu.

"Ayuh kita ikuti mereka", kata wanita itu setengah berlari.

"Apa di sebalik pintu itu?", katanya sambil mengikuti wanita itu.

"Tentu saja syurga saudariku", larinya semakin cepat.

"Tunggu..tunggu aku.."

Dia berlari namun tetap tertinggal.
Wanita itu hanya setengah berlari sambil tersenym kepadanya.
Dia tetap tak mampu mengejarnya meski dia sudah berlari. Dia lalu berteriak,
"Amalan apa yang telah kau lakukan hingga engkau begitu ringan?"

"Sama dengan engkau saudariku.", jawab wanita itu sambil tersenyum.

Wanita itu telah mencapai pintu. Sebelah kakinya telah
melewati pintu. Sebelum wanita itu melewati pintu sepenuhnya, dia berteriak pada wanita itu,
"Amalan apalagi yang kau lakukan yang tidak kulakukan?"

Wanita itu menatapnya dan tersenyum. Lalu berkata,
"Apakah kau tidak memperhatikan dirimu, apa yang
membedakan dengan diriku?"

Dia sudah kehabisan nafas, tak mampu lagi menjawab.

"Apakah kau mengira Rabbmu akan mengizinkanmu masuk ke SyurgaNya
tanpa jilbab menutup auratmu?"

Tubuh wanita itu telah melewati pintu.
Tapi tiba-tiba kepalanya mengintip keluar,
memandangnya dan berkata,
"Sungguh sangat sayang amalanmu tak mampu membuatmu mengikutiku
memasuki syurga ini untuk dirimu. Cukuplah syurga hanya sampai
kepada hatimu karena niatmu adalah menghijabi hati."

Dia tertegun...

Lalu terbangun.. beristighfar lalu mengambil air wudhu. D
ia tunaikan shalat malam. Menangis dan menyesali perkataanya dulu..
berjanji pada Allah sejak saat itu ia akan menutup auratnya..













tertegun dengan kisah ini, moga niat baik yg smpi ke hati, smpi juga mnjadi amalan diri..






kredit to Farah Lee, i was copying this from her blog, nice to read, nice to follow..


intanhafizah

Friday, March 16, 2012

saya muslim, tapi rupanya saya tak cukup islam

salam

i was crying all over again, lepas menangis, menangis, lepas menangis,menagis, lepas menangis, menangis, air mata kali ini agak murah, senang-lenang dia nk mncurah-curah ke bumi, kenapa? mgkin di hati pada mata yg menangis itu ada sesuatu. sesuatu yg menyentuh di sudut yg pling dalam...

i was watching this video uploaded on youtube channel, it was dr zaharuddin who was spreading this on facebook. i took a while to watch it and guess what? the tears won't stop now...

trlalu byk prkara yg mengetuk pintu hati, trlalu byk moment yg menyentuh dalm hati...


minit ke 19 and onwards, tears keep flowing..



stlh menonton video ini, bru sy sedar, sy mmg muslim pada nama, pada lahiriah, pada zahiriah, tapi rupanya sy tk cukup islam pada amal, pada ilmu dan pada penghayatan. sptmana org itu mndgr prkara-prkara yg baru dlm hidupnya sy kira, begitulah sy ibaratnya mndgr prkara-prkara baru dlm hidup sy..

stlh 25 tahun hidup sbg muslim, hari ini sy melihat islam itu jauh lebih indah daripada yg selama ini sy lihat.. jauh lebih indah... jauuuuuuuuuuh lebih indah....






Ya Allah







Ya Allah








Ya Allah









Ya Allah










Ya Allah








-intanhafizah-

Thursday, March 15, 2012

pemergian guru tercinta

salam

beberapa hari lepas, guru saya pergi mengadap Ilahi.. timbul sayu dalam hati. sesetengah org mghormati gurunya lebih dari mghrmati ibubapanya. ya.pastilah, kerna guru itu medium ilmu, Allah menghadiahkan kita mutiara ilmu melalui guru, imagine saje, kedudukan guru yg mulia itu.

melalui guru sy yg sorg ni, sy dpt byk ilmu, banyaaaaaaaak sgt, dan brguna sangaaaaaaaaaaaat!. tapi sy kira sy ada satu ilmu yg guru ini sampaikan yg mmg tkde sape dlm dunia ni leh challenge. belum setakat sy brnafas sehingga hari ini. (ooopps. bukn satu sbnrnya, byk, tp cukup lah sy kongsi satu saja)

iaitu ilmu menghormati org lain..

ye, menghormati manusia lain itu satu ilmu. dn ilmu ini harus di didik di budayakn dlm hidup kita. but how he is the only one who taught me that 'ilmu'??? sabar2. nk citer la ni..

ok. sepanjang hidup ini, sy tk prnah, sy tk prnah, sya tk prnah, dengar when you talk about kelebihan you or on behalf your organization(especially), or on behalf your product, or on behalf your society, or on whatever on your behalf, dan seketika itu juga pihak lain sdg mengata kamu dgn brsungguh-sungguh, TAPI kamu langsung tak mengata mengenai kekurangan dia, malahan kamu tk kata pun yg kamu lebih baik dari dia, cuma kamu hny citer mengenai kebaikan ilmu yg kamu bawak saje....

tak pernah, tak pernah, tak pernah, kecuali guru yg satu ini.. (klu org len tu ada gak bunga-bunga nk ngata pihak lain, ada,,,,,,,but not him!)

dan guru ini mengajar sy akhlak itu, dgn brakhlak sbegitu....

when others are trying hard to mmburukkn guru ini dn ilmu yg ingin dikongsiknnya, beliau tenang, menyampaikn ilmu kpd kami dgn tenang, agar kami belajar dlm tenang, supaya kami sama-sama tenang.

sy kagum..dgn sebenar-benar kagum..

sudahlah ilmu yg dikongsinya sangat mmberi makna.. setiap patah ilmu yg dikongsi betul2 mmberi manfaat utk saya. dan org lain juga sy kira. ditambah pula dgn akhlak guru yg indah sebegitu rupa. sy jadi rindu, rindu utk mengutip mutiara ilmu yg berada disisinya....


uish klu nk kira, ada byk lagi nk kongsi ni, byk sgt, sgt2 byk, tapi disaat sy menulis ini, hati sy sebak, beliau tiada lagi kini, pergi mengadap Ilahi, tempat kita semua akan kembali, dunia ini bagai hilang seri....

:'(((



Ya Allah, hamba mohon dengan sangat, guru hamba ini telah brkongsi dgn hamba ilmu dari Mu dgn sebenar-benar manfaat, di sisi hamba guru ini hamba hormati dan sayangi sepertinya ibubapa hamba, hamba mohon Ya Allah, tempatkan dia di sisiMu selayaknya kekasihMu ditempatkan, hadiahkan dia seluruh cinta yang ada Ya Allah, selama mana kami bernafas dan selama mana ilmu ini termanfaat, limpahkan cahayaMu dan cintaMu kepadanya.. hamba mohon dgn sangat.

al-fatihah
Al-Marhum Haji Ishak Bin Itam




intanhafizah