Friday, October 8, 2010

hatimu untuk siapa?

salam..

sebelum bertolak ke tempat test, saya ter'online' seketika, ter'facebook' jap, lalu ter'lihat' Puan Khadijah menge'tag' saya pada sebuah note yang bertajuk "hatimu untuk siapa"...

maka, saya pun ingin meng'highlight' some sentences that attract me a bit..

the rest bace disini...


Kakak..

Jatuh cinta perkara biasa. Apabila kita jatuh cinta pada seseorang, itu tandanya ada sesuatu keistimewaan pada seseorang tu. Apatah lagi orang yang kita jatuh cinta tu di atas jalan dakwah ni..Tetapi kita kena ingat.. Kita tak akan dikahwinkan dengan seseorang atas sebab jatuh cinta atau saling cinta mencintai..
Bercouple mungkin.. Tetapi bukan berkahwin.. Kerana kita berkahwin dengan jodoh kita, jodoh yang Allah dah tetapkan sejak azali..

termenung renungan..
sila paling fokus kat ayat yang last tu, "..yang Allah dah tetapkan sejak azali..". ini bukan setakat persoalan jodoh, ini juga persoalan rezeki, ajal, qadha' dan qadar dan semua2 la, yg jadi problem skrg ni, ramai yg slalu lupa "kita merancang, Allah pun merancang, dan sungguhnya perancangan Allah adalah yang TERBAIK". kiranya kalau pasni ada hajat2 yang tak kesampaian, rela2 kan lah, ada la hikmahnya tu..InsyaAllah..

terima kasih Puan Khadijah kerana menge'tag' saya..

tazkirah di pagi jumaat yang mulia ini.....

1 comment:

Laiyyinur Harir said...

hehe..
ur welcome dear! my pleasure.
^^