Thursday, October 14, 2010

sabar intan sabar..

salam..

pernah tak tahan marah sehingga tangan terketar-ketar, jantung terdegup-degup laju, mata berkaca-kaca tahan airmata..

pernah tak? pernah tak?

sy kalau marah tu mmg sokmo dah, normal la, manusia biasa macam sy ni mmg punya sifat amarah, dh nama pun fitrah, tapi sy sbnrnya spesies suka tahan marah kalu tgh marah, maksudnya tk tengking org sesuka ati (tp lain cket ngan adik2 sy),

bukan ape, sy ni ada la cket2 panas baran nyer, jadi kalu tgh marah tu, sy sedaya-upaya kena control, klu tidak, mmg abis semua org akan dihambur dgn kata2 kesat yg nonsense, i really give a shot to hang on each time anger is on air..

tp ntah nape, kali itu sy tak boleh tahan dah, terase mcm nk sepak kaki sendiri ke dinding supaya dpt control marah sy sendiri, punya la marah, tk penah rasa uncontrolled cenggitu. ntah bapak setan mana yg masuk dlm urat saraf sy ni..

sambil mengaji ni, terketar-ketar tangan nk menunjuk ke ayat2 quran, suara dah tk bleh klua dh, mata tk leh menengok org lain dh, dasat betul time tu..

macam tu rupanya keadaan kita klau tengah marah, setan tu mudah sgt cucuk2 kita.. berapi luar dan dalam,

jadinya, harus bersabar dlm apa jua keadaan, jika tidak merana la badan, sakit la jiwa..

tak mau la marah2 sgt dah, nnt high pressure, headache, migrain and else..

moga saya dikuatkan dengan kesabaran yang kuat..amin..

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:"Allah berfirman dalam hadis qudsi yang bermaksud," Tiada balasan bagi seseorang hamba-Ku yang telah Aku ambil kembali kekasihnya, kemudian orang itu mengharapkan pahala daripada-Ku melainkan orang itu akan mendapat balasan syurga." Riwayat Bukhari

Ar-Ra’d [24] Selamat sejahteralah kamu disebabkan kesabaran kamu. Maka amatlah baiknya balasan amalmu.

Al-Mukminun [111] Sesungguhnya Aku membalas mereka pada hari ini disebabkan kesabaran mereka; sesungguhnya mereka itulah orang yang berjaya.

Al-Furqan [75] Mereka itu akan dibalas dengan tempat yang tinggi di Syurga disebabkan kesabaran mereka, dan mereka pula akan menerima di dalam syurga itu ucapan selamat di dalamnya.

Al-Qasas [54] Mereka itu akan beroleh pahala dua kali disebabkan kesabaran mereka; dan juga kerana mereka menolak kejahatan dengan kebaikan, dan mereka menderma dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka.

Al-Insan [12] Dan kerana kesabaran mereka, mereka dibalas oleh Allah dengan syurga dan (persalinan dari) sutera.


banyak kan hikmah bersabar

=))

No comments: